MERDEKA 360 | HKHM 2024 | SHARING POSTING ASTRO AWANI | MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN & KIBAR JALUR GEMILANG
balqis2024-07-24T14:34:49+08:0024 Jul 2024Liputan Berita 2024
ASTRO AWANI, TANJAK, BUSANA TRADISI MELAYU ANTARA TARIKAN MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN 2024
balqis2024-07-24T14:33:10+08:00CYBERJAYA: Reruai yang menampilkan promosi dan jualan tanjak serta busana tradisional adalah antara yang mendapat perhatian ramai pengunjung Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024 di Cyber Event Hall, di sini hari ini.
Pengusaha Karya Jemari Kayangan Muhamad Ali Yusof berkata beliau amat bersyukur dengan sambutan positif diterima daripada pengunjung yang datang tidak putus-putus di khemah jualannya melalui Komuniti MADANIxNADI, malah pelbagai kaum turut menunjukkan minat untuk mengetahui serba sedikit tentang tanjak warisan Melayu hasil tangannya.
"Tujuan saya mempromosikan dan menjual produk ini juga adalah supaya lebih ramai tahu dan faham mengenai tanjak warisan Melayu ini, seperti berhubung reka bentuk dan pangkat pemakai bagi setiap jenis tanjak.
"Alhamdulillah ramai yang hadir untuk membeli, di samping bertanya mengenai jenis-jenis tanjak yang dijual di reruai jualan ini," kata lelaki berusia 50 tahun itu ketika ditemui Bernama di reruai negeri Terengganu.
Memulakan kerjaya sebagai usahawan produk warisan Melayu sejak 2014, usahawan Kampung Budaya Terengganu ini juga berkata ada 15 jenis tanjak dijualnya dengan harga setiap satu RM100, sempena Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Jalur Gemilang 2024.
"Untuk hari ini, istimewanya saya bawakan khas beberapa tanjak reka bentuk klasik yang dahulunya dipakai kerabat diraja dan orang besar istana pada zaman dahulu, antaranya Tanjak Belalai Gajah yang dipakai Sultan Terengganu, Tanjak Anak Belalai Gajah yang dipakai Tengku Mahkota Terengganu dan Tanjak Bendahara yang dipakai Bendahara Terengganu.
"Selain itu, kita bawakan juga Tanjak Perang yang biasanya dipakai oleh orang yang hendak pergi berperang. Tanjak ini jika dipakai bermakna pemakainya berniat untuk berperang dan tidak mahu balik atau syahid ataupun sehingga mencapai kemenangan," katanya.
Selain tanjak, Muhamad Ali berkata busana tradisional turut dibawa untuk diperkenalkan kepada pengunjung selain untuk jualan.
"Baju layang songket bunga tabur dijual pada harga RM200 berbanding harga biasa RM250. Baju layang songket bunga tabur jalur kita jual pada harga RM220 berbanding harga biasa RM280 dan kalau beli satu set lengkap busana bersekali bengkung dan tanjak hanya RM360," katanya.
-- BERNAMA
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
SUARA SARAWAK, PELBAGAI PROGRAM MENARIK SEMPENA MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN
balqis2024-07-24T14:31:32+08:00KUALA LUMPUR: Sambutan Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 membuka tirainya hari ini dengan pelbagai program menarik menanti pengunjung.
Berkonsepkan karnival rakyat, program sehari bermula 9 pagi hingga 4.30 petang di Cyberjaya pada Sabtu itu, padat dengan pengisian bermanfaat yang mampu mengukuhkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat menuju Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024.Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan sambutan itu pada 3 petang sekali gus menandakan bermulanya Sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia tahun ini.
Antara aktiviti menarik menanti pengunjung adalah pameran kemerdekaan, Komuniti MADANI X NADI, Kuiz Roda Merdeka, RIUH X HKHM, aktiviti interaktif kenegaraan serta persembahan patriotik.Orang ramai juga berpeluang menikmati tawaran pengurangan kadar kompaun saman Polis Diraja Malaysia (PDRM) sehingga 50 peratus dengan pembayaran hanya boleh dibuat di tapak program serta tertakluk kepada terma dan syarat.
Turut disediakan adalah kaunter perkhidmatan semakan dan pembayaran cukai serta kompaun Majlis Perbandaran Sepang (MPS), gantian kad pengenalan, pembaharuan lesen memandu serta mendapatkan Skim Pinjaman Komputer Riba dan Desktop.Antara tarikan lain adalah penganjuran Jualan Kombo Agro MADANI oleh Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Jualan Ehsan Rahmah MADANI dengan menawarkan pelbagai produk pada harga murah antaranya ayam, ikan, daging, telur, minyak masak botol 5 kilogram (kg) dan beras 5kg.
Selain itu, perkhidmatan bas henti-henti secara percuma disediakan melibatkan dua lokasi pengambilan iaitu di Park & Ride Cyberjaya dan Parking Rekascape Cyberjaya ke tempat acara diadakan, dengan kekerapan perkhidmatan setiap 30 minit.
Maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dan pelbagai program diadakan boleh didapati di laman sesawang www.merdeka360.my
– Bernama
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
MALAYSIA GAZETTE, PM SERU KIBAR JALUR GEMILANG TANDA JATI DIRI SAYANGKAN NEGARA
balqis2024-07-24T14:29:07+08:00YBERJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru rakyat Malaysia agar bersama-sama mengibar Jalur Gemilang sempena Bulan Kebangsaan bagi mempamerkan kesetiaan pada negara.
Perdana Menteri turut mengarahkan semua pihak termasuk sektor awam dan swasta, untuk mengibarkan Jalur Gemilang di premis masing-masing.
Tegas beliau, meraikan Hari Kemerdekaan bukanlah isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan sebaliknya soal jati diri, maruah dan harga diri.
“Apa yang sukarnya? Orang dulu korban segala-galanya, golongan ibu di kampung, keluarkan rantai dan perhiasan mereka, jadi tabung untuk perjuangan.
“Dan pada 1955, tabung untuk penerbangan pemimpin ke London, dan pulang. Kerana kos terlalu tinggi, itu pengorbanan mereka.
“Saya minta kibarkan Jalur Gemilang, boleh? Kita kena pastikan, dan kalau orang yang enggan, kirim salam kepada mereka. Ini bukan isu kaum, bukan isu parti, bukan isu kedudukan, atau pekerjaan. Ini soal jati diri, soal maruah, soal harga diri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyber Event Hall hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Mengulas lanjut, Anwar berkata, selari dengan tema tahun ini iaitu Malaysia Madani – Jiwa Merdeka, kibaran Jalur Gemilang boleh dilihat sebagai cerminan kemegahan setiap rakyat Malaysia dengan negara ini.
Tambah beliau, tindakan itu juga sebagai tanda pengorbanan dan mendukung semangat kemerdekaan yang diperoleh tanah air sejak 67 tahun lalu.
“Mulai hari ini, komuniti Madani, setiap jabatan, setiap rakyat, setiap kedai, warung, kaya miskin, kota dan desa, kita hendak memastikan tunjukkan bahawa kamu bersama ‘Jiwa Merdeka’, hebatkan Malaysia,” katanya.
Sementara itu, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat merupakan wadah untuk terus menyuburkan semangat kenegardan dan patriotisme.
Sambutan ini adalah bagi memulakan kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya dan sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September ini di Sabah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dan pelbagai program yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan di laman sesawang ww.merdeka360.my. – MalaysiaGazette
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
SINAR HARIAN, PM GESA RAKYAT JAYAKAN MISI KIBAR JALUR GEMILANG SEMPENA HKHM 2024
balqis2024-07-24T14:27:00+08:00CYBERJAYA - [DIKEMAS KINI] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua lapisan rakyat termasuk sektor swasta untuk mengangkat semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman dan pejabat masing-masing.
Anwar berkata, beliau berharap semua rakyat dapat menjayakan misi itu seiring tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini, iaitu Malaysia Madani: Jiwa Merdeka.
"Ini bukan isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri, maruah, harga diri. Ini satu negara bila merdeka kibaran bendera meluas di seluruh negara, dipasang di setiap gerai warung dan rumah dan pondok, setiap sekolah, masjid, kuil, gereja dan setiap jabatan.
"Jadi pastikan kita jadikan tahun ini sebagai tahun yang mempamerkan kemegahan rakyat dan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini, hari ini.
Pada masa sama, beliau berharap agar pihak swasta dapat bersama-sama dengan kerajaan menjayakan misi mengibar Jalur Gemilang sempena HKHM 2024.
"Kerja mereka meniaga, catat keuntungan. Saya nak beritahu kalau negara tidak aman, negara tidak untung, kalau tiada pengorbanan polis, tentera, pasukan keselamatan di perbatasan, tidak ada pelaburan baharu.
"Jadi tunjukkanlah dukungan kamu termasuk swasta untuk bersama rakyat dan negara, kibarkan Jalur Gemilang... saya harap mesej ini jelas," kata Anwar.
Selain itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengimbau kembali sejarah perjuangan tokoh dan rakyat terdahulu yang bersatu hati dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang dimiliki demi meraih kemerdekaan negara.
Bagi tujuan itu, Anwar berkata, rakyat perlu sentiasa memupuk perpaduan dan mengekalkan kekuatan yang menjadi tonggak utama kesejahteraan di Malaysia.
"Sebab itu ditekankan dalam tema Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, kalau jiwa dan semangat tidak digilap, ia akan pudar dan yang menjamin hebat jati diri Malaysia adalah jiwa kita," katanya.
Selain itu beliau menegaskan supaya tidak ada unsur salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang telah diberikan amanah.
"Sampai sekarang ada, yang diberikan amanah untuk jaga jabatan, jaga kementerian, jaga negara, gunakan untuk memperkayakan diri mereka atau keluarga mereka atau kroni mereka. Apa bezanya dengan penjajah? Mana akhlak Islam, mana kecintaan, kebangsaan negara?," katanya.
Oleh itu, Perdana Menteri berkata, kerajaan sentiasa menggiatkan usaha menerusi pelbagai program perpaduan di samping mengingatkan rakyat yang negara tidak mungkin mencapai kemerdekaan tanpa kekuatan dan perpaduan semua pihak.
Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Sabah. - Bernama
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
MY METRO, PM GESA JAYAKAN MISI KIBAR JALUR GEMILANG
balqis2024-07-24T14:24:43+08:00Cyberjaya: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua lapisan rakyat termasuk sektor swasta untuk mengangkat semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman dan pejabat masing-masing.
Anwar berkata beliau berharap semua rakyat dapat menjayakan misi itu seiring tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini, iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.
Ini bukan isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri, maruah, harga diri. Ini satu negara bila merdeka kibaran bendera meluas di seluruh negara, dipasang di setiap gerai warung dan rumah dan pondok, setiap sekolah, masjid, kuil, gereja dan setiap jabatan.
"Jadi pastikan kita jadikan tahun ini sebagai tahun yang mempamerkan kemegahan rakyat dan negara kita," katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, barisan menteri Kabinet dan Komuniti MADANI. Bagi menjayakan misi itu, Anwar berkata pemantauan akan dilaksanakan di semua peringkat termasuk peringkat jabatan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, menteri di kementerian masing-masing, Komuniti MADANI, kerajaan negeri, pemimpin agama dan masyarakat di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Pada masa sama, beliau berharap agar pihak swasta dapat bersama-sama dengan kerajaan menjayakan misi mengibar Jalur Gemilang sempena HKHM 2024.
"Kerja mereka meniaga, catat keuntungan. Saya nak beritahu kalau negara tidak aman, negara tidak untung, kalau tiada pengorbanan polis, tentera, pasukan keselamatan di perbatasan, tidak ada pelaburan baharu.
"Jadi tunjukkanlah dukungan kamu termasuk swasta untuk bersama rakyat dan negara, kibarkan Jalur Gemilang... saya harap mesej ini jelas," kata Anwar.
Selain itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengimbau kembali sejarah perjuangan tokoh dan rakyat terdahulu yang bersatu hati dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang dimiliki demi meraih kemerdekaan negara.
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
UTUSAN TV, KAUNTER BAYARAN SAMAN TRAFIK ANTARA TUMPUAN RAMAI DI MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN
balqis2024-07-24T14:22:51+08:00KAUNTER bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun hingga 50 peratus pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, menjadi antara tumpuan utama ramai hari ini.
Setakat pukul 1.30 tengah hari, pengunjung masih lagi beratur panjang untuk melunaskan saman trafik masing-masing walaupun dalam keadaan cuaca panas terik.
Tawaran tersebut yang bermula dari 9 pagi hingga 4.30 petang ini turut menarik perhatian ahli perniagaan S.Selvarajah, 72, yang datang untuk membayar satu saman trafik milik saudaranya.
“Ia sangat membantu apabila kerajaan menganjurkan program seumpama ini bagi memudahkan orang ramai membayar saman,” katanya kepada Bernama di Cyberjaya, hari ini.
Seorang peniaga dalam talian Nursyikin Samad, 45, yang beratur sejak 8.30 pagi bagi merebut tawaran diskaun itu berkata, penyediaan tawaran sebegini memudahkan urusannya untuk membayar saman dengan segera.
“Tawaran ini memang baik tetapi masa beratur menunggu giliran tu agak lama, dan dalam cuaca panas ini ia agak sukar untuk saya berdiri lama,” katanya yang tinggal di Cheras, Kuala Lumpur.
Sementara itu ahli perniagaan Cheng Zhe Tiong, 34, yang turut ditemui semasa beratur untuk membayar saman berpendapat, inisiatif PDRM ini harus dilaksanakan dengan lebih kerap di setiap daerah atau negeri.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 yang berkonsepkan karnival rakyat, dijadual dijadual dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ini merupakan wadah untuk terus menyuburkan semangat kenegaraan dan patriotisme.
Majlis ini adalah bagi memulakan kiraan detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos di Putrajaya dan sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 Sept ini di Sabah.
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024 dan pelbagai program yang diadakan sepanjang bulan kebangsaan di laman sesawang www.merdeka360.my.
— BERNAMA
24 Jul 2024Liputan Berita 2024
BULETIN TV3, PM ARAH SEMUA KIBARKAN JALUR GEMILANG SEPANJANG BULAN KEBANGSAAN
balqis2024-07-24T14:21:29+08:00CYBERJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua lapisan rakyat termasuk sektor swasta untuk mengangkat semangat kemerdekaan dengan mengibarkan Jalur Gemilang di premis kediaman dan pejabat masing-masing.
Beliau berharap semua rakyat dapat menjayakan misi itu seiring tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) tahun ini, iaitu Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.
“Ini bukan isu kaum, parti, kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri, maruah, harga diri. Ini satu negara bila merdeka kibaran bendera meluas di seluruh negara, dipasang di setiap gerai warung dan rumah dan pondok, setiap sekolah, masjid, kuil, gereja dan setiap jabatan.
“Jadi pastikan kita jadikan tahun ini sebagai tahun yang mempamerkan kemegahan rakyat dan negara kita,” katanya ketika berucap pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di sini, hari ini. Turut hadir Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, barisan menteri Kabinet dan Komuniti MADANI. Bagi menjayakan misi itu, Datuk Seri Anwar berkata, pemantauan akan dilaksanakan di semua peringkat termasuk peringkat jabatan oleh Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, menteri di kementerian masing-masing, Komuniti MADANI, kerajaan negeri, pemimpin agama dan masyarakat di seluruh Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Pada masa sama, beliau berharap agar pihak swasta dapat bersama-sama dengan kerajaan menjayakan misi mengibar Jalur Gemilang sempena HKHM 2024. “Kerja mereka meniaga, catat keuntungan. Saya nak beritahu kalau negara tidak aman, negara tidak untung, kalau tiada pengorbanan polis, tentera, pasukan keselamatan di perbatasan, tidak ada pelaburan baharu. “Jadi tunjukkanlah dukungan kamu termasuk swasta untuk bersama rakyat dan negara, kibarkan Jalur Gemilang… saya harap mesej ini jelas,” katanya. Selain itu, Perdana Menteri mengajak rakyat mengimbau kembali sejarah perjuangan tokoh dan rakyat terdahulu yang bersatu hati dan sanggup mengorbankan apa sahaja yang dimiliki demi meraih kemerdekaan negara. Bagi tujuan itu, Datuk Seri Anwar berkata, rakyat perlu sentiasa memupuk perpaduan dan mengekalkan kekuatan yang menjadi tonggak utama kesejahteraan di Malaysia. “Sebab itu ditekankan dalam tema Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka, kalau jiwa dan semangat tidak digilap, ia akan pudar dan yang menjamin hebat jati diri Malaysia adalah jiwa kita,” katanya. Selain itu beliau menegaskan supaya tidak ada unsur salah guna kuasa dalam kalangan mereka yang telah diberikan amanah. “Sampai sekarang ada, yang diberikan amanah untuk jaga jabatan, jaga kementerian, jaga negara, gunakan untuk memperkayakan diri mereka atau keluarga mereka atau kroni mereka. Apa bezanya dengan penjajah? Mana akhlak Islam, mana kecintaan, kebangsaan negara?,” katanya. Oleh itu, Perdana Menteri berkata kerajaan sentiasa menggiatkan usaha menerusi pelbagai program perpaduan di samping mengingatkan rakyat yang negara tidak mungkin mencapai kemerdekaan tanpa kekuatan dan perpaduan semua pihak. Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini akan diadakan di Putrajaya, manakala sambutan Hari Malaysia akan berlangsung di Sabah.- BERNAMA24 Jul 2024Liputan Berita 2024
KOSMO, TERUS KIBAR JALUR GEMILANG DI SEMUA PREMIS- PM
balqis2024-07-24T14:20:18+08:00CYBERJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan semua sektor kerajaan dan swasta serta seluruh peringkat kumpulan masyarakat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di setiap premis sepanjang Bulan Kebangsaan 2024.
Perdana Menteri berkata, langkah itu sebagai tanda taat setia dan satu bentuk ‘pengorbanan’ rakyat pada zaman ini berbanding rakyat terdahulu untuk menghargai sebuah kemerdekaan negara yang dikecapi sejak 67 tahun lalu.
Beliau berkata, seluruh negeri di semenanjung termasuk Sabah dan Sarawak perlu memastikan tidak ketinggalan mengibarkan Jalur Gemilang dan ia memberikan satu petanda baharu dalam menterjemahkan jiwa Merdeka rakyat Malaysia.
“Saya percaya kita bagi mesej jelas, apa yang sukarnya (kibarkan Jalur Gemilang), orang dahulu korbankan segala-galanya, ibu-ibu di kampung keluarkan rantai dan perhiasan mereka untuk jadi tabung perjuangan.
“Dulu bagi cincin untuk perjuangan tetapi sekarang? Kena ingat jangan ada keterlanjuran kerana kita tak minta cincin atau jam, saya hanya minta kibarkan Jalur Gemilang.
“Kita kena pastikan kalau orang enggan (kibar Jalur Gemilang) kirim salam pada mereka, ini bukan isu kaum, parti, isu kedudukan atau pekerjaan, ini soal jati diri dan maruah harga diri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang, di sini hari ini.
Tema sambutan Hari Kebangsaan pada tahun ini ialah ‘Malaysia Madani Jiwa Merdeka’.
Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 diadakan dengan tujuan utama untuk menyuburkan semangat patriotisme dan cintakan negara dalam kalangan rakyat Malaysia menuju sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024.
Ia juga bertujuan menggelorakan sambutan Bulan Kebangsaan dalam lapisan masyarakat tanpa mengira latar belakang kaum, bangsa, agama mahu pun fahaman politik berasaskan aspirasi Malaysia Madani menerusi inisiatif ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’. – KOSMO! ONLINE
24 Jul 2024Liputan Berita 2024