BERITA RTM(13 OGOS 2024) PROGRAM PENTARAMA X KELAB MALAYSIAKU, PUPUK SEMANGAT PATRIOTIK PELAJAR
balqis2024-08-19T11:33:02+08:00PUTRAJAYA, 13 Ogos- Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa hadir ke Program PENTARAMA X Kelab Malaysiaku di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putrajaya Presint 5(1) pagi tadi bersempena Bulan Kebangsaan.
Program anjuran Jabatan Penerangan (JaPen) itu bertujuan bagi memupuk dan menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan pelajar.
Antara pengisian program adalah sembang santai kenegaraan, kuiz kenegaraan, nyanyian lagu patriotik serta penyerahan Jalur Gemilang kepada pihak sekolah.
Program tersebut akan dianjurkan di 38 buah sekolah di seluruh negara sehingga 16 September depan.
Turut hadir Ketua Pengarah JaPen, Julina Johan.
13 Aug 2024Liputan Berita 2024
NENGGIRI BY-ELECTION: MEDIA CENTRE TO START OPERATION TOMORROW – JAPEN BERNAMA (2 OGOS 2024) RAKYAT PULAU PINANG DISERU KIBAR JALUR GEMILANG
balqis2024-08-08T10:56:11+08:0008 Aug 2024Liputan Berita 2024
THESUN (2 OGOS 2024)
balqis2024-08-08T10:52:55+08:00GUA MUSANG: The media centre for the Nenggiri state by-election will start operation from tomorrow until August 17, to facilitate media practitioners to prepare news reports throughout the by-election.
Kelantan Department of Information (JaPen) director Muhd Nor Aswadi Md Nor said the centre which provides internet facilities and a place for media conferences will be open from 9 am to 7 pm, every day.
“The centre can accommodate about 20 media personnel at a time. So we invite those on duty at the Nenggiri by-election to come and use the facilities here,“ he said.
He told reporters after the launching of the BUDI MADANI program @JaPen and the Kelantan State Level Online Safety Campaign at Dataran Kesedar Sungai Asap, here, today, which was officiated by Galas assembly Mohd Syahbuddin Hashim.
The Election Commission (EC) set tomorrow as the nomination day and polling on August 17, while the early voting day on August 13 will not be held after all 14 voters involved chose to vote by post, following the need for them to be on duty throughout the campaign period.
The by-election was held after the seat was declared vacant by Kelantan State Assembly Speaker Datuk Mohd Amar Nik Abdullah on June 19 when the former incumbent Mohd Azizi Abu Naim was revoked of his party membership by Bersatu on June 13.
Regarding the BUDI MADANI programme, Muhd ??Nor Aswadi said various events were held including Rahmah Sales, online safety awareness campaign by the Malaysian Communications and Multimedia Commission (MCMC) as well as sports and cultural activities.
Besides, the public can also interact with the government agencies involved and apply for BUDI MADANI for the BUDI Individual category and BUDI Agri-Commodity as well as MySubsidi Diesel.
“So far this morning, almost 1,000 people have attended because we have a Rahmah Sale in addition to people’s interest in listening to a briefing on BUDI MADANI because the average community here uses diesel vehicles,“ he said.
08 Aug 2024Liputan Berita 2024
BERNAMA (2 OGOS 2024) PRK NENGGIRI: PUSAT MEDIA MULA BEROPERASI ESOK – JAPEN
balqis2024-08-08T10:51:24+08:0008 Aug 2024Liputan Berita 2024
SABAHNEWS (29 JULAI 2024) PELEPASAN KONVOI KMJG 2024 DI PENAMPANG 8 OGOS INI
balqis2024-07-30T08:55:50+08:00KENINGAU, SABAH – Pelepasan Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 akan bermula di Penampang, mulai 8 Ogos ini.
Pengarah Penerangan Sabah, Jainisah Mohd Noor berkata Konvoi KMJG yang dijangka melalui 2,000 kilometer selama 20 hari akan menjelajah ke seluruh daerah di negeri ini dengan membawa mesej kekal bersatu padu demi pembangunan dan kemajuan negeri menjadi lebih progresif.
“Konvoi KMJG pada tahun ini akan mengembara lebih daripada 2,000km pada 8 hingga 26 Ogos bermula di Penampang dan akan berakhir di Kota Kinabalu.
“Kita akan pergi kesemua daerah dengan membawa Jalur Gemilang, kebetulan pada tahun ini Hari Sabah juga akan disambut pada 31 Ogos, jadi kita juga akan membawa bersama bendera negeri Sabah.Kita juga membawa bersama mesej-mesej perpaduan, keharmonian supaya kita boleh kekal bersatu padu untuk membangunkan negeri kita menjadi lebih progresif.
“Selain itu, rasanya semua sudah sinonim sebab rasanya sudah lebih 20 tahun JaPen melaksanakan KMJG ini dengan membawa misi patriotik menyeru rakyat sama-sama kibarkan Jalur Gemilang di seluruh Sabah, selain menggalakkan masyarakat menyahut kempen Satu Rumah Satu Jalur Gemilang,” katanya ketika menjadi tetamu dalam Santai Bicara di Konti Keningau FM.
Di samping itu, Jainisah turut menggesa seluruh lapisan masyarakat agar bekerjasama dengan Komuniti Madani untuk menggelorakan sambutan bulan kebangsaan.“Kita harap semua masyarakat yang berada di seluruh Sabah wujudkan kerjasama dengan Komuniti Madani yang juga rakan strategik kita di lapangan untuk menyampaikan maklumat yang sahih seterusnya membantu kita menangani berita-berita palsu.
“Komuniti Madani kita tahu membawa misi yang sama dengan JaPen untuk kita sama-sama menggelorakan lagi semangat untuk menyambut hari kebangsaan dan kita harapkan semangat itu nanti akan berpanjangan bukan sahaja pada bulan kebangsaan tapi juga bulan-bulan yang seterusnya,” ujar beliau.
Dalam perkembangan berkaitan, Janisah turut mengajak masyarakat untuk bersama-sama memeriahkan Karnival Madani Peringkat Negeri Sabah akan diadakan di Membakut pada 8 hingga 10 Ogos depan. — JABATAN PENERANGAN SABAH30 Jul 2024Liputan Berita 2024
BERITA RTM (29 JULAI 2024) KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG MENUJU TERENGGANU
balqis2024-07-30T08:53:27+08:00KUANTAN , 29 Julai - Kampung Sungai Ular menjadi lokasi terakhir di Pahang dalam konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2024, sebelum meneruskan perjalanan ke Terengganu.
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri (JAPEN) Pahang, Kazidi Mohd Zainuddin berkata, sambutan menggalakkan diterima di lima daerah terlibat, bermula di Rompin, Bera, Bentong, Maran dan terakhir di Kuantan.
"Sambutan dan penyertaan oleh komuniti terdekat atau sekitarnya itu sangat menakjubkan. Orang Pahang memang seronok, menyokong dan mendokong kembara merdeka jalur gemilang.
"Dan penyertaan kita mendapati rata-rata peserta 200 hingga 300 orang yang berada di situ mereka faham dengan mesej dan juga apa yang kita sampaikan," katanya ketika ditemui RTM di Dewan Orang Ramai Kampung Sungai Ular, di sini hari ini.
Katanya, selain melakukan aktiviti bersama masyarakat, pihaknya turut menerangkan kepada komuniti mengenai inisiatif ‘1 Rumah 1 Jalur Gemilang’ dan langkah penggantian bendera yang telah lusuh.
Tambahnya, masyarakat turut digalak mengibarkan Jalur Gemilang di rumah, tempat kerja dan kawasan komuniti.
Kembara disertai 10 kenderaan terdiri daripada agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti madani itu meneruskan perjalanan ke Sekolah Menengah Agama Al Amin Kemaman, Terengganu bagi sesi penyerahan Jalur Gemilang.
30 Jul 2024Liputan Berita 2024
BERITA RTM (24 JULAI 2024) KONVOI 60 BUAH KENDERAAN MERIAHKAN KMJG MELAKA
balqis2024-07-30T08:52:10+08:00ALOR GAJAH, 24 Julai - Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) diteruskan di Melaka hari ini dengan penglibatan 60 buah kenderaan.
Konvoi melibatkan pelbagai agensi kerajaan persekutuan dan negeri itu menjelajah ke semua tiga daerah di negeri itu dengan jarak 122.5 kilometer dan berhenti di empat 'checkpoint'.
Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Melaka (Japen) Ab Rasil Hajatil berkata, pelbagai aktiviti disediakan di setiap checkpoint bagi menerapkan semangat perpaduan dan cintakan negara kepada masyarakat.
"Antara pengisiannya ialah ikrar Rukun Negara, ada pameran kenegaraan dan kuiz sempena kempen kibar Jalur Gemilang lah.
"Checkpoint terakhir, di Taman Rekreasi Chohong di Jasin, di situ adalah acara kemuncak sambutan akan dilakukan oleh PPD Jasin sendiri dengan komuniti MADANI dengan pelbagai acara menariklah,"
Konvoi dimulakan dari Dataran Freeport A’ Famosa Outlet seterusnya ke SMK Seri Tanjong dalam Daerah Melaka Tengah sebelum ke Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin.
Selepas itu konvoi akan bergerak ke Pusat Rekreasi Sungai Chohong, Jasin dan menamatkan jelajah peringkat negeri Melaka di Dataran Tangkak, Johor.
Jalur Gemilang kemudian diserahkan kepada Negeri Johor untuk jelajah seterusnya.
30 Jul 2024Liputan Berita 2024
BERNAMA (24 JULAI 2024) KMJG 2024 PLATFORM RAKYAT HAYATI ERTI KEMERDEKAAN
balqis2024-07-30T08:50:47+08:0030 Jul 2024Liputan Berita 2024
MELAKA HARI INI(24 JULAI 2024) KONVOI KEMBARA MERDEKA JALUR GEMILANG DI MELAKA TEMPUH JARAK 122.5 KILOMETER
balqis2024-07-30T08:49:13+08:00
ALOR GAJAH, 24 Julai – Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) 2024 meneruskan jelajah di Melaka membabitkan jarak sejauh 122.5 kilometer dengan lima lokasi persinggahan bagi menyemarakkan lagi Sambutan Bulan Kebangsaan.
Pengarah Penerangan negeri Ab Rasil Hajatil berkata Melaka merupakan negeri persinggahan ketiga konvoi itu yang disertai lebih 100 kenderaan pelbagai jenis daripada jabatan dan agensi kerajaan termasuk 50 motosikal berkuasa tinggi Suzuki VStrom Owner Club Malaysia.
“Konvoi akan singgah ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Tanjung dengan pengisian aktiviti Ikrar Rukun Negara, pameran dan kuiz sempena kempen Jalur Gemilang bersama pelajar dan guru, seterusnya singgah di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jasin untuk mengedar dan memasang bendera pada kenderaan pengguna jalan raya.
“Jelajah di negeri ini akan berakhir di Pusat Rekreasi Chohong dengan pelbagai aktiviti menarik bersama Komuniti MADANI sebelum penyerahan Jalur Gemilang kepada Ketua Konvoi Johor di Dataran Tangkak,” katanya kepada pemberita di Freeport A’Famosa Outlet di sini hari ini.
Terdahulu beliau menyertai pelepasan peserta KMJG2024 peringkat Melaka yang disempurnakan Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin.
Konvoi KMJG2024 sebelum ini menjelajah Selangor dan Negeri Sembilan dan akan meneruskan perjalanan ke Johor, Terengganu, Perak, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perlis sebelum berakhir di Kuala Lumpur pada 21 Ogos.
Pelepasan konvoi berkenaan disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 di Cyberjaya, Ahad lepas. – BERNAMA
30 Jul 2024Liputan Berita 2024