SINAR HARIAN (21 SEP 2024) KOMUNITI MADANI BERPERANAN JADI PERANTARA KERAJAAN, RAKYAT
balqis2024-09-23T15:43:04+08:00SINAR HARIAN (20 SEP 2024) DISKAUN 30 PERATUS SAMAN TRAFIK DI KARNIVAL KITA MADANI PERINGKAT KEDAH
balqis2024-09-23T15:41:24+08:00ASTRO AWANI (20 SEP 2024) DISKAUN 30 PERATUS SAMAN TRAFIK DI KARNIVAL KITA MADANI PERINGKAT KEDAH
balqis2024-09-23T15:38:22+08:00"Program ini adalah platform JaPen untuk memasarkan maklumat, dasar, inisiatif kerajaan dan mesej-mesej kenegaraan berteraskan konsep Malaysia MADANI kepada komuniti setempat," katanya kepada Bernama hari ini.
Menurut beliau, karnival itu diadakan di Taman Rekreasi Bandar Perdana, Sungai Petani dan akan dirasmikan Ahli Parlimen Sungai Petani Dr Mohammed Taufiq Johari mewakili Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
idatul Shima berkata aturcara karnival dimulakan pada 9 malam ini menerusi program pertandingan E-Sport serta Sembang Santai Belia Setempat Bersama Ahli Parlimen Sungai Petani.
Esok, karnival akan diteruskan dengan pelbagai aktivit dan program termasuk Jualan Rahmah, Jualan Agro MADANI, Jualan Lotus Sungai Petani, Jualan Hasani Book Store dan Jualan Usahawan Tempatan.
"Turut diadakan adalah Taklimat Budi MADANI oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Lembaga Hasil Dalam Negeri dan Jabatan Pertanian.
"Selain itu, penebusan baucar buku MADANI, kaunter bergerak yang menawarkan pelbagai perkhidmatan oleh pelbagai agensi turut disediakan, bersama pameran oleh agensi kerajaan serta cabutan bertuah," katanya.
Aidatul Shima berkata pihaknya berharap orang ramai mengambil peluang mengunjungi karnival itu yang turut bertujuan menyemarakkan hubungan antara pemimpin, kerajaan dengan masyarakat.
-- BERNAMA