NABALU NEWS (14 OKTOBER 2024) PERTANDINGAN MEMANCING DAN KARAOKE JADI PERHATIAN PENGUNJUNG TAMU SOSONDOTON VIEW
balqis2024-10-16T10:56:21+08:00KOTA BELUD: Program Jiwa Komuniti MADANI peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kadamaian, Kota Belud, berlangsung dengan penuh meriah di Tamu Sosondoton View, Kampung Piasau, Kota Belud, pada 12 Oktober lalu.
Program ini bermula seawal jam 7.00 pagi dan berjaya menarik perhatian ramai penduduk tempatan serta pengunjung dari kawasan sekitar.
Acara ini dianjurkan secara bersama oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Kota Belud dengan kerjasama Komuniti Kampung Piasau, Kampung Nahaba, dan Kampung Melangkap Baru.
Program dimulakan dengan pendaftaran peserta untuk pertandingan memancing di Sungai Kadamaian yang berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi.
Pada masa yang sama, pertandingan karaoke irama Malaysia pula bermula pada jam 9.00 pagi, memeriahkan lagi suasana di lokasi tamu.
Pertandingan karaoke menyaksikan Chantia Tandek dari Kampung Nahaba muncul sebagai juara, manakala Rostinah Kohid meraih tempat kedua. Tempat ketiga pula disandang oleh Fauzie Jerneh.
Sementara itu, pertandingan memancing menyaksikan kemenangan berpihak kepada Ainee Rosman dari Kampung Piasau, yang dinobatkan sebagai juara keseluruhan.
Pegawai Pemimpin Masyarakat (PPM) Kadamaian, Saikom Watis, bersama Pegawai Penerangan Malaysia (JAPEN) Daerah Kota Belud, Rosnaniwari Rasidi, telah menyampaikan hadiah dalam bentuk hamper kepada para pemenang pertandingan.
Laimin Omar, Pengerusi Penyelaras Tamu Sosondoton View Piasau, menegaskan bahawa tiada bayaran yuran dikenakan kepada peserta bagi semua pertandingan.
Menurut beliau, tujuan utama penganjuran acara ini adalah untuk mempereratkan hubungan kekitaan dan semangat kerjasama antara komuniti Kampung Piasau dan kampung-kampung berdekatan, selain mengeratkan interaksi antara agensi kerajaan, peniaga, dan pengunjung yang hadir.
Program ini bukan sahaja menjadi platform untuk berhibur, tetapi juga mengukuhkan semangat perpaduan dalam kalangan penduduk setempat, seiring dengan matlamat Jiwa Komuniti MADANI.
UTUSAN BORNEO (15 OKTOBER 2024) PROJEK PEMANSANG MIRRDA DILANGKAR NGEMANSANGKA INFRASTRUKTUR PEMUN MENUA PESISIR
balqis2024-10-16T10:54:32+08:00THE MALAYSIA PRESS (14 OKTOBER 2024) JIWA KOMUNITI MADANI FOKUS PEMBANGUNAN MASYARAKAT CELIK
balqis2024-10-16T10:53:03+08:00NABALU NEWS (14 OKTOBER 2024) PROGRAM JIWA MADANI PASTIKAN MAKLUMAT TEPAT DARIPADA KERAJAAN DISAMPAIKAN SECARA LANGSUNG
balqis2024-10-16T10:05:44+08:00KOTA BELUD: Program Jiwa Komuniti MADANI Peringkat DUN Kadamaian, anjuran Jabatan Penerangan Malaysia (JAPEN) daerah Kota Belud bertujuan untuk menyampaikan maklumat tepat daripada kerajaan dan agensi secara langsung, di samping mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat setempat.
UMNO ONLINE (14 OKTOBER 2024) PROGRAM JIWA KOMUNITI MADANI PARLIMEN REMBAU
balqis2024-10-16T09:43:16+08:00BERITA RTM (6 OKTOBER 2024) JANGAN CEPAT PERCAYA KANDUNGAN TULAR
balqis2024-10-08T09:52:47+08:00HARIAN METRO (6 OKTOBER 2024) SALAH GUNA AI CIPTA KANDUNGAN TIPU, MASYARAKAT DIGESA LEBIH WASPADA
balqis2024-10-08T10:16:39+08:00KANGAR: Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan atau terpedaya dengan niat jahat pihak tidak bertanggungjawab.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata setiap individu perlu mengesahkan sama ada sesuatu akaun itu dimiliki oleh individu sebenar dan sama ada kandungan yang dikongsikan itu sesuatu yang benar.
"Kita lihat ada penyalahgunaan aplikasi kecerdasan buatan (AI) untuk melakukan AI 'deepfakes' (imej palsu)... seolah-olah (isteri Perdana Menteri) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau pun (Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercakap atau pun mana-mana pimpinan yang lain, atau pun juga kita punya penyanyi tersohor seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza.
"Jadi kita kena sahkan dulu akaun tu milik siapa? Betul ke akaun itu adalah akaun yang rasmi atau pun ia akaun palsu, akaun impersonator (penghibur pengajuk)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Kita MADANI Peringkat Perlis di sini hari ini.
Beliau turut mengingatkan pengguna supaya tidak mudah percaya dengan sesuatu kandungan menerusi media sosial kerana ia mungkin kandungan lama yang disebarkan semula atau yang telah disunting dan tidak menggambarkan konteks sebenar.
Fahmi berkata seringkali tersebar kandungan berbentuk video yang disunting pihak tidak bertanggungjawab yang berniat 'menangguk di air keruh' atau bertujuan menimbulkan syak wasangka dalam kalangan masyarakat.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata beliau telah mengarahkan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa untuk meneliti struktur Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM) untuk dilakukan penyelarasan.
"Penyelarasan itu dari sudut perjawatan, dari segi organisasi. Kita berhasrat untuk memindahkan secara fizikal pejabat JKOM balik ke kementerian, maksudnya fungsinya kita akan teliti semula," katanya ketika diminta mengulas berhubung pelantikan Ketua Pengarah JKOM baharu.
Beliau menambah setakat ini pelantikan bagi mengisi jawatan terbabit masih belum diputuskan dan tugas Ketua Pengarah JKOM dipangku oleh timbalannya.
Pada 25 Sept lepas, Fahmi mengesahkan Ketua Pengarah JKOM Mohd Khairuddin Othman telah ditamatkan perkhidmatan pada 24 Sept.
-- BERNAMA
ASTRO AWANI (6 OKTOBER 2024) SENTIASA SEMAK KETULENAN AKAUN, KANDUNGAN MEDIA SOSIAL – FAHMI
balqis2024-10-08T09:44:43+08:00KANGAR: Rakyat diminta untuk sentiasa berwaspada dengan hantaran yang dimuat naik menerusi media sosial bagi mengelak menjadi mangsa penipuan atau terpedaya dengan niat jahat pihak tidak bertanggungjawab.