MPI DIGESA BANGUNKAN MODUL KHUSUS AI KEPADA INDUSTRI MEDIA TEMPATAN-BERNAMA
balqis2024-02-21T10:17:10+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA TEGAKKAN HAK MASYARAKAT DAPAT MAKLUMAT SAHIH – MPI – BERNAMA
balqis2024-02-21T10:15:53+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN AKAN TERUS PERTAHAN KEBEBASAN BERSUARA MEDIA – FAHMI – BERNAMA
balqis2024-02-21T10:14:33+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA PACU MEDIA UNTUK BERI MAKLUMAT TEPAT, SAHIH – FAHMI -BERNAMA
balqis2024-02-21T10:12:53+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
KERAJAAN LANCAR KOD ETIKA MEDIA, ELAK BERITA PALSU –FREEMALAYSIA TODAY
balqis2024-02-21T10:10:02+08:00PUTRAJAYA: Elak pemberitaan dipengaruhi kepentingan peribadi dan mengesahkan kesahihan maklumat antara lapan panduan terkandung dalam kod etika wartawan Malaysia dilancarkan hari ini.
Dilancarkan Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, etika lain termasuk bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; telus dan integriti dan adil dalam menyampaikan maklumat.
Menghormati kerahsiaan sumber; memahami undang-undang serta polisi berkaitan tugas dan meningkatkan kemahiran secara berterusan.
Penyediaan kod etika wartawan Malaysia itu membabitkan Fakulti Komunikasi Universiti Sains Malaysia serta Pusat Kajian Media dan Komunikasi Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kod etika itu diperkenalkan untuk mengemas kini etika kewartawanan Malaysia diterbitkan Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 yang menjadi rujukan kerajaan bagi pengurusan media.
Sementara itu, Fahmi dalam ucapan perasmian kod berkenaan berkata tidak ada mana-mana individu atau organisasi bebas untuk menyebarkan berita palsu.
Menurutnya, dalam konteks itu, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam.
“Justeru, pihak wartawan dan organisasi media perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih.
“Wartawan juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia Madani,” katanya.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
19 FEBRUARI 2024, BERNAMA, ‘FEAR OF MISSING OUT’ HAS POSITIVE IMPACT IN DIGITAL ERA – FAHMI
balqis2024-02-21T09:59:04+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
RUU PENUBUHAN MAJLIS MEDIA MALAYSIA KINI DI PERINGKAT AKHIR – FAHMI – ASTRO AWANI
jonathan2024-02-21T14:50:05+08:00PUTRAJAYA: Kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) ke Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.
"Insya-Allah (penubuhan Majlis Media Malaysia) tidak berapa lama lagi," katanya ketika berucap melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.
Menurutnya kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan pengamal media di negara ini terbela dan Jabatan Penerangan (JaPen) diseru mempergiat pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat kepada golongan itu.
Fahmi berkata satu pertemuan telah diadakan dengan Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong bagi memastikan kebajikan wartawan sambilan (stringer) terbela, khususnya menerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Difahamkan daripada 9,750 pemegang kad perakuan media, lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar. Aspek kebajikan berkaitan KWSP, Perkeso dalam pertimbangan.
"Saya perlu sedikit masa untuk bincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa... ada sedikit berita positif untuk wartawan sambilan, berikan kami sedikit masa," katanya.
Sementara itu, beliau meminta JaPen mengkaji kewajaran meningkatkan tempoh perakuan kad media membabitkan pengamal media antarabangsa, yang ketika ini tempoh sah hanya untuk setahun sahaja berbanding media tempatan iaitu dua tahun.
"Saya lihat ada kewajaran memandangkan ramai rakan media yang terlibat dalam media antarabangsa adalah warga Malaysia dan mereka berpangkalan di negara ini," katanya.
-- BERNAMA
20 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN TIDAK AKAN SEKAT KEBEBASAN BERSUARA MEDIA – FAHMI –ASTRO AWANI
jonathan2024-02-21T14:46:00+08:00PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini tidak akan mengongkong dan menyekat kebebasan bersuara media, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Sebaliknya, Fahmi berkata, kod etika yang telah diwujudkan sejak 1989 itu ditambah baik untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa dunia kewartawan dan seiring dengan perkembangan teknologi.
“Kalau kita tidak mendepani zaman maka kita akan dibelakangi. Dengan ada kod etika ini prinsip kebebasan bersuara itu memang kita akan pertahankan dan ia termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan tapi dalam masa sama perku ada satu peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wartawan untuk mendepani zaman termasuk media sosial dan AI (Kcederdasan Buatan),” katanya ketika sidang media selepas melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia.
Sementara itu, dalam ucapannya, Fahmi berkata, Kod Etika Wartawan Malaysia akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih mengenai keadaan semasa negara.
"Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika ini akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber yang dipercayai rakyat," katanya.
Fahmi berkata, Kod Etika Wartawan versi baharu itu sudah dimurnikan dengan pembabitan wakil wartawan serta organisasi media dan mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan.
"Namun demikian, tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan yang tidak benar. Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam," katanya.
Beliau dalam masa sama mengingatkan wartawan dan organisasi media untuk bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih kerana mereka juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia MADANI.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang juga inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu menggarap lapan etika utama.
Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
JaPen berkata, kod berkenaan turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.
KPM adalah dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.
Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini.
20 Feb 2024Liputan Berita 2024