KERAJAAN LANCAR KOD ETIKA WARTAWAN, ELAK BERITA PALSU –BERITA HARIAN
balqis2024-02-21T10:43:10+08:00PUTRAJAYA: Prinsip Kod Etika Wartawan Malaysia wajar dijadikan sebagai pembimbing perlakuan bagi semua pengamal media tanpa mengira platform.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar berkata, lapan prinsip etika yang digariskan merangkumi keperluan semasa yang sentiasa berubah dalam landskap media bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Beliau berkata, landskap media yang sentiasa berubah menyediakan cabaran serta peluang baharu kepada pengamal media.
Dalam persekitaran dinamik, katanya, pematuhan kepada prinsip etika sangat penting dan seiring dengan perubahan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (Al), kod etika ini juga perlu dikemas kini.
"Dalam menyumbang kepada persekitaran media yang bertanggungjawab dan dipercayai, penekanan kepada profesionalisme, penghormatan terhadap hak dan martabat, ketepatan, keadilan, ketelusan dan peningkatan berterusan sangat penting dalam mengukuhkan asas etika kewartawanan," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Majlis Peluncuran disempurnakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Lapan Kod Etika Wartawan Malaysia yang digariskan itu membabitkan wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dailog, perlu telus dan berintegriti, berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi dan pemberitaan tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi.
Turut tersenarai, kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak, menghormati privasi dan kerahsian sumber, memahami undang- undang berkaitan ruang lingkup tugasan dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan.
Mustapa berkata, kod etika yang dikemas kini itu juga mencerminkan komitmen dan usaha untuk mengekalkan integriti, ketepatan, dan keadilan dalam kerjaya sebagai wartawan di samping menghormati hak dan martabat individu serta masyarakat.
Beliau berkata, kepentingan awam juga perlu diutamakan dalam setiap pemberitaan termasuk kepatuhan undang-undang supaya wartawan dapat menjalankan tanggungjawab dengan telus dan seimbang.
Katanya, terdapat beberapa kod etika sedia ada di Malaysia berkaitan dengan wartawan dan media dan difahamkan Kod Etika Wartawan Malaysia ini akan dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi permohonan dan pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) yang diperkenalkan oleh jabatan berkenaan.
"Sehubungan itu, kita berharap JaPen dapat memperincikan dan menjelaskan lapan prinsip kod etika ini bagi mengelak kekeliruan dan salah faham di kalangan wartawan dan pengamal media lain," katanya.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
FAHMI LANCAR KOD ETIKA WARTAWAN –MALAYSIAKINI
balqis2024-02-21T10:34:34+08:00Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini adalah sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini oleh rakyat.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu menggarap lapan etika utama, dan dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia berkata kod berkenaan turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.
KPM merupakan dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.
Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini.
“Seiring dengan evolusi industri media, kod etika itu dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi,” menurut kenyataan itu.
Turut hadir pada majlis peramian kod etika wartawan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid
- Bernama
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA PACU MEDIA UNTUK BERI MAKLUMAT TEPAT, SAHIH – FAHMI –HARIAN METRO
balqis2024-02-21T10:32:57+08:00Putrajaya: Kod Etika Wartawan Malaysia akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kod etika berkenaan merupakan versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lepas.
"Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika ini akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber yang dipercayai rakyat," katanya ketika berucap melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.
JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran hari ini berkata, kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Fahmi berkata, Kod Etika Wartawan versi baharu itu telah dimurnikan dengan penglibatan wakil wartawan serta organisasi media, dan mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan.
"Namun demikian, tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan yang tidak benar. Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam," katanya.
Beliau mengingatkan wartawan dan organisasi media untuk bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih kerana mereka juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia Madani.
Sementara itu, Fahmi berkata Kod Etika Wartawan Malaysia juga adalah dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media.
Kad perakuan media yang dikeluarkan JaPen adalah dokumen pengenalan diri bagi pengamal media daripada agensi dan syarikat media berdaftar.
"Kad perakuan media digunakan oleh wartawan dan organisasi media untuk membuat pelaporan acara rasmi kerajaan," katanya.
Fahmi berkata, setakat 16 Februari lalu, 9,750 pengamal media berdaftar dengan kad perakuan media JaPen, membabitkan 152 agensi media.
Katanya, empat daripada agensi media itu adalah media rasmi kerajaan, 38 media tempatan, 60 media dalam talian dan 50 media antarabangsa.
"Saya berharap warga media terus mendedikasikan dunia kewartawanan ke arah yang positif demi kemaslahatan rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebebasan pengamal media untuk menyampaikan maklumat dan pemberitaan tanpa halangan daripada pihak yang berkepentingan.
Katanya, laporan Indeks Kebebasan Media bagi 2023 oleh Reporters Without Borders (RSF) menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-73 daripada 180 buah negara.
"Keunikan landskap media di Malaysia semestinya tidak tertakluk kepada cara penilaian yang berlandaskan media barat. Pengamal media di Malaysia sentiasa bertindak mengikut keadaan negara dengan mengambil kira undang-undang sedia ada
"Hal ini membuktikan ada pergerakan yang dinamik dalam penyampaian maklumat oleh wartawan. Dalam keadaan dunia yang serba moden ini, medium penyampaian maklumat sentiasa berkembang," katanya.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA TIDAK KEKANG KEBEBASAN MEDIA –KOSMO
balqis2024-02-21T10:31:19+08:00PUTRAJAYA – Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan pada hari ini tidak mengekang kebebasan media dan pengamal media di negara ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, kos etika wartawan ini telah wujud pada 1989, namun ia kini ditambah baik untuk mendepani cabaran teknologi masa kini.
Beliau berkata, menerusi kod etika yang ditambah baik ini, prinsip kebebasan bersuara akan kekal dipertahankan kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.
“Tapi pada masa sama, perlu ada peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wartawan untuk mendepani zaman termasuk cabaran kecerdasan pintar (AI) dan media sosial,” katanya pada sidang akhbar selepas menyempurnakan Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia, di sini hari ini. Katanya, kod etika ini membantu pengamal media untuk mendepani zaman teknologi yang semakin mencabar. Dalam pada itu, Fahmi dalam ucapannya berkata, tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana- mana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan yang tidak benar. “Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam. Justeru, pihak wartawan dan organisasi media perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih. “Wartawan juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia Madani,” katanya.Kod etika wartawan ini kali pertama dikemas kini sejak ia diperkenalkan pada tahun 1989 yang memperihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat.
Antara lapan etika itu termasuk wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dialog, wartawan hendaklah telus dan bertintegriti ketika menjalankan tugas; wartawan digalakkan berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi. Selain itu, pemberitaan tidak boleh dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak, wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu beri keutamaan meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan. Setakat 16 Februari 2024, seramai 9,750 pengamal media berdaftar dengan Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan (JaPen) melibatkan 152 agensi media di mana empat daripadanya media rasmi kerajaan, 38 media tempatan, 60 Media dalam talian dan 50 media antarabangsa. – KOSMO! ONLINE21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA TEGAKKAN HAK MASYARAKAT DAPAT MAKLUMAT SAHIH –HARIAN METRO
balqis2024-02-21T10:29:44+08:00Putrajaya: Kod Etika Wartawan Malaysia tidak hanya memelihara kredibiliti dan integriti media, malah menegakkan hak masyarakat mendapat maklumat yang dipercayai dan sahih, kata Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.
Beliau berkata Kod Etika Wartawan Malaysia menetapkan prinsip asas yang seharusnya membimbing perlakuan semua pengamal media tanpa mengira platform selain memerihalkan tanggungjawab wartawan sebagai suara rakyat.
Selari dengan perkembangan teknologi semasa, Kod Etika Wartawan Malaysia turut dilihat sebagai satu panduan kepada wartawan untuk mendepani cabaran teknologi dalam kerjaya mereka.
"Antara tanggungjawab yang diutamakan oleh wartawan ialah laporan berita secara seimbang, adil, berkredibiliti, jujur serta menghormati kerahsiaan sumber," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil di sini hari ini.
Kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, wartawan hendaklah telus dan berintegriti, dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Sementara itu, Mustapa berkata wartawan juga hendaklah memegang nilai-nilai tinggi iaitu ketelusan, integriti dan keadilan dalam melaksanakan tugas mereka.
"Kepentingan awam harus dikedepankan dalam setiap pemberitaan, dan kepatuhan terhadap undang-undang harus diutamakan.
"Dengan memegang teguh nilai-nilai ini, wartawan dapat menjalankan tanggungjawab mereka dengan telus dan seimbang," katanya.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA ANGKAT MARTABAT AGENSI MEDIA SEBAGAI SUMBER BERITA DIYAKINI-BERITA HARIAN
balqis2024-02-21T10:27:38+08:00PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini adalah sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini oleh rakyat.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang juga inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu menggarap lapan etika utama, dan dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia berkata, kod berkenaan turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.
KPM adalah dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.
Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini.
"Seiring dengan evolusi industri media, kod etika itu dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi," menurut kenyataan itu.
Turut hadir pada majlis peramian kod etika wartawan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid. – BERNAMA
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
CALL FOR MPI TO DESIGN SPECIFIC MODULE ON AI FOR LOCAL MEDIA INDUSTRY- BERNAMA
balqis2024-02-21T10:22:44+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
JOURNALIST CODE ETHICS SAFEGUARDS FREEDOMOF EXPRESSION BY THE MEDIA – FAHMI -BERNAMA
balqis2024-02-21T10:21:38+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA ANGKAT MARTABAT AGENSI MEDIA SEBAGAI SUMBER BERITA DIYAKINI-BERNAMA
balqis2024-02-21T10:20:30+08:0021 Feb 2024Liputan Berita 2024