4 APRIL 2024, THE SUN, TEO : SEJUMLAH 1,938 PROGRAM HEBAHAN ‘INFO ON WHEELS’ DILAKSANA SEJAK JANUARI
balqis2024-06-12T09:26:35+08:004 APRIL 2024, BERNAMA, SEJUMLAH 1,938 PROGRAM HEBAHAN ‘INFO ON WHEELS’ DILAKSANA SEJAK JANUARI – TEO
balqis2024-06-12T09:24:45+08:004 APRIL 2024, ASTRO AWANI, SEJUMLAH 1,938 PROGRAM HEBAHAN ‘INFO ON WHEELS’ DILAKSANA SEJAK JANUARI – TEO
balqis2024-06-12T09:23:14+08:00KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,938 program hebahan 'Info On Wheels' (IOW) di 7,781 lokasi dilaksanakan Jabatan Penerangan (JaPen) dari awal Januari hingga 3 Mac lepas bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang konsep Malaysia MADANI.
Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata selain program IOW yang merupakan program turun padang dan libat urus JaPen bersama komuniti setempat, beberapa program lain turut dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi, antaranya 30 program Jiwa MADANI, Kita MADANI dan Infiesta Pentarama.
"Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) juga secara berterusan menyebar luas konsep Malaysia MADANI melalui penyiaran pelbagai program dalam bentuk kapsul, Pesanan Khidmat Awam (PKA) dan program bual bicara," katanya pada sesi soal jawab lisan di Dewan Negara hari ini.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Amir Md Ghazali yang ingin tahu sejauh manakah keberkesanan strategi kementerian dalam menyampaikan kefahaman tentang dasar, agenda dan kejayaan pentadbiran Kerajaan MADANI sepanjang 2023 sehingga kini.
Selain itu Teo memaklumkan 125 program bual bicara berkaitan Malaysia MADANI bersama tetamu jemputan terpilih telah disiarkan oleh kesemua 34 stesen radio kebangsaan dan negeri dalam bentuk PKA, promo dan sketsa.
Hebahan melalui media sosial dan digital turut dilaksanakan yang melibatkan perkongsian maklumat infografik dan videografik daripada pelbagai kementerian dan agensi-agensi kerajaan di platform media digital RTM, Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan JaPen.
Beliau berkata Kementerian Komunikasi juga mengambil inisiatif untuk melaksanakan 18 pameran yang mengandungi maklumat tentang konsep Malaysia MADANI sepanjang 2024 di seluruh negara.
Sementara itu Teo memaklumkan kerajaan tidak meminggirkan penggiat industri kreatif kaum India dan telah menawarkan pelbagai inisiatif seperti kemudahan pembiayaan dan geran, akses kepada pasaran dan promosi, pembangunan kapasiti dan sebagainya disediakan oleh kementerian itu menerusi agensi-agensinya.
Beliau berkata antaranya MyCreative Ventures Sdn Bhd (MyCV) telah menyediakan pelbagai kemudahan pembiayaan di bawah CENDANA, Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Pakej Rangsangan Industri Kreatif Malaysia (PRISMA) dan inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH) bagi membantu penggiat industri yang terkesan sewaktu pandemik COVID-19.
Sebagai contoh RTM juga menyediakan program pencarian bakat baharu Bintang MINNAL dan program Limpahan Cahaya sempena sambutan Deepavali dan lain-lain katanya.
Beliau menjawab pertanyaan Senator Datuk Dr R. Nelson yang ingin tahu apakah program-program khas yang boleh dianjurkan kementerian bagi memastikan artis-artis kaum India dapat menjana kewangan bagi menampung kehidupan.
-- BERNAMA
5 MAC 2024, WILAYAHKU, JAPEN DALAM PROSES SELARAS SOP KPM TERMASUK TEMPOH SAH LAKU
balqis2024-03-29T14:51:29+08:0013 MAC 2024, THE SUN, KOD ETIKA WARTAWAN TIDAK HALANG, KAWAL WARTAWAN LAPOR BERITA
balqis2024-03-29T14:50:23+08:005 MAC 2024, NEW STRAIT TIMES, INFORMATION DEPARTMENT ADJUSTING SOP ON ISSUANCE OF MEDIA CARDS
balqis2024-03-29T14:49:20+08:0015 MAC 2024, BORNEO DAILY, ADUN BINGKOR TERIMA KUNJUNGAN HORMAT JABATAN PENERANGAN MALAYSIA CAWANGAN KENINGAU
balqis2024-03-29T11:36:18+08:0012 MAC 2024, KOSMO, KOD ETIKA WARTAWAN TIDAK SEKAT PENGAMAL MEDIA BONGKAR SKANDAL
balqis2024-03-29T11:30:50+08:006 MAC 2024, MALAYSIANEWS TV, PENYELESAIAN KAD PERAKUAN MEDIA DIUMUM DALAM MASA TERDEKAT – FAHMI
balqis2024-03-29T11:29:16+08:00KUALA LUMPUR – Isu berkenaan Kad Perakuan Media Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) termasuk mengenai tempoh sah lakunya sedang diteliti dan akan diumumkan penyelesaiannya dalam masa terdekat, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata JaPen sedang mengemas kini dan menyelaras kembali tempoh sah laku Kad Perakuan Media untuk semua organisasi mengikut beberapa prosedur operasi standard (SOP).
Fahmi berkata hal ini kerana ada beberapa wartawan kontrak daripada organisasi media yang tempoh sah laku kad perakuan medianya berbeza.
“Ini masih dalam pertimbangan JaPen dan insya-Allah dalam masa yang tidak terlalu lama, kita akan ada pengumuman susulan mengenai isu ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas pelancaran solusi digital penjagaan kesihatan oleh CelcomDigi di sini, hari ini.
Semalam, JaPen dalam kenyataan memaklumkan pihaknya sedang menyelaras SOP Kad Perakuan Media JaPen termasuk berkaitan tempoh sah laku kad berkenaan.
JaPen dilaporkan berkata penyelarasan ini turut mengambil kira dokumen Kod Etika Wartawan Malaysia (KEWM) Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang telah dikemas kini baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata pengamal media bagaimanapun boleh memperbaharui kad perakuan berkenaan yang telah tamat tempoh seperti biasa.
Pada masa sama, Fahmi berkata penyelarasan itu dibuat bukan untuk mengekang kebebasan bersuara pengamal media dan ia tidak berfungsi seperti “lesen” yang diwajibkan ke atas mereka.
Sebaliknya, Fahmi berkata ia berperanan sebagai medium pemudah cara untuk membuat liputan terutama melibatkan program rasmi kerajaan.
“Kad Perakuan Media JaPen diberi khusus untuk memudah cara wartawan hadir dan mengikuti acara rasmi kerajaan seperti liputan acara sambutan Hari Kebangsaan, acara di Parlimen dan acara Pertabalan, itulah fungsi Kad Perakuan Media.
Ia tidak mengekang daripada membuat pelaporan, ini bukan seperti MMA (Persatuan Perubatan Malaysia) dia bukan pertubuhan seperti itu, “katanya.
Selain itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata nama 215 wartawan sambilan atau “stringer” telah dikemukakan JaPen kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
“Setelah kita teliti (perkara ini), nanti kita akan buat pengumuman susulan termasuk dalam isu perlindungan Perkeso dalam bidang ini,” katanya.
— BERNAMA