Life News Agency : “MALAYSIA MADANI: JIWA MERDEKA” tema HKHM 2024
balqis2024-06-13T09:35:51+08:00The Inspirasi.com: Tema & Logo Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia 2024
balqis2024-06-13T09:34:15+08:00Tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
“Malaysia Madani: Jiwa Merdeka” telah dipilih untuk tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 Berikut merupakan penjelasan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Malaysia MADANI: Jiwa Merdeka.Penjelasan Logo
Logo Malaysia MADANI dijadikan sebagai logo rasmi HKHM pada tahun ini kerana reka bentuk logo ini yang berteraskan Malaysia Madani dan Menghailkan corak simbolik tangan yang sedang diangkat, untuk melafazkan ikar Rukun Negara’. Logo ini mengandungi warna-warna asas Jalur Gemilang yang bertepatan dengan maksud tema yang dipilih pada tahun ini.Penjelasan Tema
Malaysia Madani merupakan tunjang kepada kemakmuran dan kemajuan negara Malaysia melalui dukungan 6 nilai teras utama. Jiwa Merdeka adalah penzahiran kepada kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif dalam menginterpretasikan semangat patriotisme dan cinta negara melalui pelbagai cara meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk satu kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni dan progresif. Malaysia Madani: Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara yang maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati dan teguh jati dirinya.Rasional Tema
Perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati diri.Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2024
Lokasi sambutan:
- Hari Kebangsaan (31 Ogos): Putrajaya
- Hari Malaysia (16 Sept): Sabah
Antara Acara:
- Program Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024
- Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan & Kibaran Jalur Gemilang 2024
- Kembara Merdeka Jalur Gemilang
- Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI
- Semarak Gemilang Kita MADANI
- Perkampungan MADANI
- Pentarama
- Live Jam
Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang
Sebagai sebahagian daripada takwim sambutan HKHM, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 akan diadakan pada 13 Julai ini. Majlis ini bertujuan untuk mengira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan pada 31 Ogos di Putrajaya dan meneruskan semangat patriotik hingga Hari Malaysia pada 16 September di Sabah.Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang
Inisiatif Satu Rumah Satu Jalur Gemilang akan terus dijalankan untuk menterjemahkan semangat patriotik dalam kalangan rakyat. Menteri Komunikasi menggesa semua rakyat untuk menghias rumah mereka dengan Jalur Gemilang yang sempurna, sebagai gambaran diri kita sebagai warganegara yang bertanggungjawab.Senarai Tema Hari Kebangsaan Yang Lepas
- 2023 – Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan
- 2022 – Keluarga Malaysia, Teguh Bersama
- 2020-2021 – Malaysia Prihatin
- 2019 – Sayangi Malaysiaku, Malaysia Bersih
- 2018 – Sayangi Malaysiaku
- 2017 – Negaraku Sehati Sejiwa
- 2015-2016 – Sehati Sejiwa
- 2014 – Malaysia… Di Sini Lahirnya Sebuah Cinta
- 2013 – Malaysiaku Berdaulat: Tanah Tumpahnya Darahku
- 2012 – 1Malaysia. Janji Ditepati
- 2011 – 1Malaysia. Transformasi Berjaya, Rakyat Sejahtera.
- 2010 – 1Malaysia Menjana Tranformasi
- 2009 – 1Malaysia – Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan
- 2008 – Perpaduan Teras Kejayaan
- 2007 – Malaysiaku Gemilang
- 2000-2006 – Keranamu Malaysia
- 1999 – Bersatu Ke Alaf Baru
- 1998 – Negara Kita Tanggungjawab Kita
- 1997 – Akhlak Mulia Masyarakat Berjaya
- 1996 – Budaya Penentu Kecapaian
- 1995 – Jatidiri Penggerak Wawasan
- 1994 – Nilai Murni Jayakan Wawasan
- 1993 – Bersatu Menuju Wawasan
- 1992 – Wawasan Asas Kejayaan
- 1991 – Wawasan 2020
- 1990 – Berjaya
- 1988-1989 – Bersatu
- 1987 – Setia Bersatu Berusaha Maju
- 1986 – Bangsa Tegas Negara Teguh
- 1985 – Nasionalisme Teras Perpaduan
- 1984 – Amanah Asas Kejayaan
- 1983 – Bersama ke Arah Kemajuan
- 1982 – Berdisiplin Giat Maju
- 1981 – Berdisiplin Berharmoni
- 1980 – Berdisiplin Berbakti
- 1979 – Bersatu Berdisiplin
- 1978 – Kebudayaan Seni Perpaduan
- 1977 – 20 Tahun Bersatu Maju
- 1976 – Ketahanan Rakyat
- 1975 – Masyarakat Berdikari
- 1974 – Sains dan Teknologi Alat Perpaduan
- 1973 – Masyarakat Kebudayaan Malaysia
- 1972 – Masyarakat Adil
- 1971 – Masyarakat Progresif
- 1970 – Muhibah dan Perpaduan
Astro Awani Online : Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
balqis2024-06-13T09:31:50+08:00"Tema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
"Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya,'' ujarnya.
Fahmi berkata demikian ketika berucap di Majlis Pengumuman Logo Dan Tema Hari Kebangsaan Dan Hari Malaysia di Putrajaya pada Rabu.
Pada masa sama, Fahmi turut memaklumkan, jemaah menteri menerusi Mesyuarat Kabinet pada hari ini juga bersetuju bahawa logo bagi sambutan Hari Kebangsaan tahun ini dikekalkan seperti tahun sebelumnya.
Selain itu, bagi terus menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan 2024, Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan dan Kibar Jalur Gemilang 2024 turut akan dilancarkan pada 13 Julai depan.
‘’Kementerian Komunikasi selaku Jawatankuasa Induk Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 telah memulakan gerak kerja sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia dengan pelbagai program yang dilaksanakan di seluruh negara.
‘’Kemeriahan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dimulakan dengan penganjuran Ekspresi Bulan Kebangsaan 2024 pada 19 Mei lalu di stesen Sentral Kuala Lumpur,’’ tambahnya.
Tambahnya, signifikan majlis pelancaran ini adalah bagi mengira detik menuju sambutan Hari Kebangsaan 2024 pada 31 Ogos yang akan berlangsung di Putrajaya.
Seterusnya, momentum kemeriahan dan semangat patriotik akan terus disuburkan hingga sambutan Hari Malaysia 2024 pada 16 September di Sabah.
Program sampingan yang mengisi kalendar sambutan pula melibatkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang yang merupakan aktiviti konvoi kenderaan bagi membawa mesej kenegaraan dengan simbolik penyerahan Jalur Gemilang di setiap lokasi perhentian konvoi.
Turut diadakan program Langkah Jiwa Merdeka bersama Membangun Malaysia MADANI, Semarak Gemilang Kita MADANI, Perkampungan MADANI, Jiwa Merdeka antara Kementerian dan PENTARAMA Live Jam.
Fahmi berkata lagi, Inisiatif ‘Satu Rumah Satu Jalur Gemilang’ juga akan terus disemarakkan bagi menterjemahkan semangat patriotik di dalam diri setiap individu di Malaysia.
RTM: Logo dan tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024 dilancarkan oleh Menteri Komunikasi
balqis2024-06-13T09:27:32+08:00MediaMadani: Malaysia Madani: Jiwa Merdeka, tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024
balqis2024-06-13T09:25:30+08:00Nasionalkini.My : Malaysia Madani-Jiwa Merdeka kekal tema hari Kebangsaan
balqis2024-06-13T09:24:13+08:00The Malaysian Reserve : “Malaysia Madani : Jiwa Merdeka” theme of 2024 National Day, Malaysia Day celebrations
balqis2024-06-13T09:15:16+08:00Sumberkini: Malaysia Madani: Jiwa Merdeka Tema Hari Kebangsaan 2024
balqis2024-06-13T09:12:56+08:00PUTRAJAYA: Tema ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ dipilih bagi sambutan Hari Kebangsaan untuk edisi 2024.
Menteri Komunikasi merangkap Pengerusi Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2024, Fahmi Fadzil berkata, pemilihan tema tersebut bagi menzahirkan kebebasan rakyat Malaysia daripada sebarang elemen negatif.
“Tema ini turut menginterpretasikan semangat patriotik meliputi aspek pemikiran, integrasi sosial dan ekonomi seterusnya membentuk kesatuan rakyat yang kukuh, harmoni serta progresif.
“Jiwa Merdeka merupakan perlambangan kesepaduan secara holistik negara maju dan progresif menaungi rakyat yang berbilang kaum, bersatu hati serta teguh jati dirinya,” ujarnya.