BERNAMA(15 JULAI 2024) LEBIH 2,000 KOMUNITI MADANI SERTAI PERMUKIMAN SEMPENA PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN
balqis2024-07-17T08:59:22+08:00BERNAMA 11 JULAI 2024 WAYANG PACAK DIPASANG DI SEMUA 222 KAWASAN PARLIMEN 20 JULAI INI, SIAR ISTIADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG- FAHMI
balqis2024-09-23T10:54:15+08:00SINAR HARIAN(11 JULAI 2024) PASANG WAYANG PACAK SIAR ISTIADAT PERTABALAN AGONG – FAHMI
balqis2024-09-23T10:55:30+08:00MEDIAMADANI(9 JULAI 2024) PROGRAM PUSAT NADI DIPERLUASKAN KE SEMUA PERINGKAT RAKYAT – FAHMI
balqis2024-09-23T10:55:58+08:00ASTRO AWANI (8 JULAI 2024) PROGRAM DI LUAR PUSAT NADI MANFAATKAN LEBIH RAMAI RAKYAT – FAHMI
balqis2024-07-11T11:43:46+08:00IPOH: Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan melaksanakan program di luar pusat itu bagi memanfaatkan lebih ramai masyarakat setempat.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata inisiatif tersebut akan dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kebiasaannya NADI akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal.
"Kita akan bekerjasama dengan Japen (Jabatan Penerangan) dan Komuniti MADANI, setiap DUN ada tiga Komuniti MADANI, jadi kita ambil modul-modul dalam NADI dan bawa keluar kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat manfaat," katanya kepada pemberita di majlis perasmian NADI di Kg. Dato' Ahmad Said Tambahan 2, di sini hari ini.
Perasmian tersebut disempurnakan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Fahmi berkata antara modul terlibat untuk program di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.
Beliau berkata pengurus NADI juga telah dimohon meningkatkan kefahaman dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai isu-isu terkini berkenaan teknologi terutamanya mengenai jenayah scam dan buli siber.
Menurutnya setakat 30 Jun, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dengan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.
Terdahulu, Anwar dan Fahmi turut memeriahkan program mengacau bubur asyura di perkarangan Masjid As Saadah, Manjoi terletak sebelahan pusat NADI berkenaan dan meluangkan kira-kira 15 minit beramah mesra bersama penduduk setempat yang hadir ke program berkenaan.
-- BERNAMA
SINAR HARIAN 10 JULAI 2024 PERANAN, CAPAIAN NADI DIPERLUASKAN
balqis2024-09-23T10:56:16+08:00PERANAN, CAPAIAN NADI DIPERLUASKAN SEMUA PERINGKAT SUARAKEADILAN (9 JULAI 2024) PERANAN NADI DIPERLUASKAN KE SEGENAP LAPIS MASYARAKAT – FAHMI
balqis2024-09-23T10:56:41+08:00Perkhidmatan Pintar Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) akan diperluas dengan pelaksanaan program di luar pusat itu.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata langkah bertujuan untuk memberi lebih banyak manfaat kepada masyarakat setempat itu bakal dilaksana melalui Komuniti MADANI di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN).
"Kebiasaannya NADI akan memberikan manfaat kepada masyarakat di sekitar tiga atau empat kilometer dari pusat fizikal.
"Kita akan bekerjasama dengan Japen (Jabatan Penerangan) dan Komuniti MADANI, setiap DUN ada tiga Komuniti MADANI, jadi kita ambil modul-modul dalam NADI dan bawa keluar kepada masyarakat supaya lebih ramai dapat manfaat," katanya kepada pemberita.
Terdahulu Fahmi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim merasmikan pusat NADI di Kg Dato' Ahmad Said Tambahan 2, di Ipoh pada Isnin.
Sementara itu menurut Fahmi, antara modul yang akan dilaksana di luar pusat itu ialah kecerdasan buatan, digital, maklumat mengenai penipuan dalam talian dan kesedaran mengenai buli siber.
Justeru Pengurus NADI juga telah dimohon meningkatkan kefahaman dan seterusnya berkongsi maklumat mengenai isu-isu terkini berkenaan teknologi terutamanya mengenai jenayah scam dan buli siber.
Setakat 30 Jun, sebanyak 75 NADI telah beroperasi di Perak dengan empat daripadanya ialah NADI baharu yang dibina di bawah inisiatif 1 DUN 1 NADI.