22 OKt 2023, NEWS WAV, Japen Says 84 Madani Communities formed in Melaka to help spread govt policies
balqis2023-12-13T12:19:16+08:0013 Oct 2023Liputan Berita 2023
23 OKT 2023, SUMBER KINI, JaPen Selangor Rai 19 Rakan Strategik
balqis2023-12-13T12:09:47+08:00SHAH ALAM: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Selangor meraikan 19 rakan strategik yang sama-sama menjayakan program Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 Peringkat Negeri Selangor di Bunga Tanjung Banquet Hall, Kelab Shah Alam, di sini pada Isnin.
Unit Media Japen Selangor berkata, Majlis Apresiasi HKHM 2023 Peringkat Negeri Selangor pada hari ini bertujuan untuk menghimpunkan 19 rakan strategik sebagai tanda penghargaan atas komitmen serta kerjasama erat yang telah diberikan bermula 16 Julai sehingga 16 September 2023 yang lalu.
“Antara kerjasama erat yang dijalankan bersama rakan strategik ialah Program Semarak Gemilang di tiga lokasi yang terpilih iaitu Hospital Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Kampung Setia, Kuang, Gombak.
“Selain itu, penganjuran konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di lima daerah iaitu daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak dengan penglibatan pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal berkuasa tinggi,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.
Menurutnya, selain terlibat dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor, JaPen Selangor turut menganjurkan program Merdeka@Komuniti melibatkan 46 lokasi di kesemua sembilan daerah di Selangor.
“Majlis pada hari ini turut berlangsung dengan penyampaian ‘Anugerah Semarak Gemilang’ dengan menyediakan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00 beserta plak dan sijil penyertaan sempena Majlis Apresiasi HKHM 2023 Peringkat Negeri Selangor.
“Majlis Apresiasi HKHM 2023 ini dihadiri oleh Puan Normaizatulakmal Tujad, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Selangor,” katanya.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
22 OKT 2023, MELAKA HARI INI, TIADA PERANCANGAN TAMBAH KOMUNITI MADANI – JAPEN
balqis2023-12-13T12:07:51+08:00DUYONG 22 Oktober – Jabatan Penerangan (JaPeN) Negeri Melaka tidak merancang untuk menambah jumlah Komuniti Madani di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Pengarah JaPeN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, setakat ini secara keseluruhan terdapat 84 Komuniti Madani di setiap DUN.
Katanya, setiap DUN mempunyai tiga Komuniti Madani yang akan terus diperkasakan dan dinilai keberkesanannya.
“Setakat ini tiga dahulu, kita mahu lihat keberkesanan Komuniti Madani yang sedia ada dahulu.
“Jika memberangsangkan, kita akan bawa ke mesyuarat dan meminta persetujuan di peringkat kementerian untuk menambah Komuniti Madani. Sebelum ini hanya seorang sahaja dilantik, sekarang sudah tiga, jadi kita lihat dulu berkesan atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kita Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 yang dirasmikan oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Taman Seri Duyong 2, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrom Ravin berkata Komuniti Madani yang dilantik merupakan duta kecil yang akan menjadi pengantara yang akan menyampaikan maklumat kerajaan kepada masyarakat.
“Kita mengharapkan akan menerima peruntukan untuk disalurkan kepada seluruh Komuniti Madani di negeri ini namun prosesnya perlu melalui pelbagai kementerian.
“Komuniti Madani ini juga, kita akan beri kepercayaan untuk melaksanakan program-program berskala kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
20 OKT 2023, BERNAMA, JAPEN ANJUR IOW KHAS FOKUS BELANJAWAN 2024
balqis2023-12-13T12:04:36+08:00SHAH ALAM - Sinar Karangkraf bakal menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) dengan penganjuran program atau wacana bagi memperkasakan hubungan antara syarikat media swasta dan kerajaan.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, usaha tersebut masih dalam perbincangan namun pihaknya komited dalam memastikan ia dapat direalisasikan.
Menurutnya, menerusi penganjuran itu nanti, ia membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk lebih mengenali peranan JaPen khususnya.
“Sekarang ini masih di peringkat awal, kita merancang untuk melaksanakan satu program seperti Konvensyen Media.“Ini menunjukkan komitmen kami yang mahukan kerjasama yang kukuh dengan jabatan berkenaan selaku agensi yang sangat penting kepada perkembangan media dalam negara,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Datuk E Sivabalan di Kumpulan Media Karangkraf pada Rabu. Sementara itu, Sivabalan berkata, perbincangan bagi kerjasama strategik tersebut merupakan satu perkembangan positif antara kerajaan dan media dalam bergabung tenaga bagi menganjurkan sesuatu program bersama. “Ini mungkin pertama kali JaPen bekerjasama dengan syarikat media swasta. “Kami akan bawa perbincangan ini ke perhatian pengurusan tertinggi jabatan untuk mandat,” ujarnya. Menerusi kunjungan hormat ke Kumpulan Media Karangkraf, Sivabalan bersama kakitangan bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen diberi penerangan berhubung perjalanan operasi Sinar Harian. Mereka juga dibawa meninjau bilik berita Sinar Harian bagi melihat sendiri proses penerbitan akhbar dan juga berita dalam talian.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
18 OKT 2023, SINAR HARIAN, SINAR KARANGKRAF BINCANG KERJASAMA ANJUR PROGRAM BERSAMA JAPEN
balqis2023-12-13T12:00:32+08:00SHAH ALAM - Sinar Karangkraf bakal menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) dengan penganjuran program atau wacana bagi memperkasakan hubungan antara syarikat media swasta dan kerajaan.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, usaha tersebut masih dalam perbincangan namun pihaknya komited dalam memastikan ia dapat direalisasikan.
Menurutnya, menerusi penganjuran itu nanti, ia membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk lebih mengenali peranan JaPen khususnya.
“Sekarang ini masih di peringkat awal, kita merancang untuk melaksanakan satu program seperti Konvensyen Media.“Ini menunjukkan komitmen kami yang mahukan kerjasama yang kukuh dengan jabatan berkenaan selaku agensi yang sangat penting kepada perkembangan media dalam negara,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Datuk E Sivabalan di Kumpulan Media Karangkraf pada Rabu. Sementara itu, Sivabalan berkata, perbincangan bagi kerjasama strategik tersebut merupakan satu perkembangan positif antara kerajaan dan media dalam bergabung tenaga bagi menganjurkan sesuatu program bersama. “Ini mungkin pertama kali JaPen bekerjasama dengan syarikat media swasta. “Kami akan bawa perbincangan ini ke perhatian pengurusan tertinggi jabatan untuk mandat,” ujarnya. Menerusi kunjungan hormat ke Kumpulan Media Karangkraf, Sivabalan bersama kakitangan bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen diberi penerangan berhubung perjalanan operasi Sinar Harian. Mereka juga dibawa meninjau bilik berita Sinar Harian bagi melihat sendiri proses penerbitan akhbar dan juga berita dalam talian.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
10 OKT 2023, THE SUN DAILY, JAPEN’S SPECIAL IOW PROGRAMME FOCUSES ON BUDGET 2024 INITIATIVES
balqis2023-12-13T11:55:26+08:00KUALA LUMPUR: The Information Department (JaPen) of Kuala Lumpur and Putrajaya organised a special Info On Wheels (IOW) programme for Budget 2024 in the public housing area of Pantai Permai here today.
Its director Muhammad Najmi Mustapha said the programme kicked off on Oct 14 and will extend to all 12 parliamentary constituencies in Kuala Lumpur and Putrajaya throughout next week. It is aimed at explaining matters related to the policies and government initiatives announced during the presentation of Budget 2024 on Oct 13 to the local community.
“The budget aims to help people financially. Today, we focus on what the government is providing to the people, especially the Rahmah Cash Aid (STR), which boosts economic activities when people receive these contributions,“ he said when met today.
He added that the IOW programme, which emphasised the STR and Sumbangan Asas Rahmah (SARa), will also explain Budget 2024 allocations for youths.
“We will also focus on youths, as there are allocations given specifically for them, for example, to boost the economy through initiatives such as the National Entrepreneurial Group Economic Fund (TEKUN),“ he said.
Among the programme’s focus is on the one-time 2024 Early Schooling Aid (BAP) in January 2024 and discounts on the repayment of National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans from Oct 14, 2023, to March 31, 2024.-Bernama
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
Daily Express, 24 Sep 2023, Gotong royong to clean up Ranau town, Tamu sites,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26360" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]BERITA SELANJUTNYA..[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
29 Sep 2023Liputan Berita 2023
Sinar Harian, 23 Sep 2023, Perkasa peranan media arus perdana – Nie Ching,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26357" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
KULAI - Media arus perdana masih memainkan peranan penting dalam menyalurkan maklumat sahih kepada masyarakat berbanding media sosial yang kadang-kadang tidak diketahui sumbernya malah berpotensi menjadi berita palsu.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Digital, Teo Nie Ching berkata, semua saluran media arus perdana melibatkan media elektronik dan media cetak juga perlu mendidik masyarakat supaya tidak menjadi mangsa jenayah siber.
Justeru, Ahli Parlimen Kulai itu berkata, fungsi media arus perdana perlu terus diperkasa serta dipertingkatkan bagi menangani jenayah siber dan menangkis berita palsu dalam media sosial."Saya percaya bahawa pada zaman ini media (arus perdana) masih memainkan peranan yang sangat penting kerana dalam media sosial banyak informasi yang kita tidak ketahui di mana sumber mereka."Jadi kita perlu bergantung kepada media arus perdana, tidak kira Bernama, RTM, Sinar Harian, Astro Awani dan sebagainya supaya kita mendidik rakyat jelata. "Apabila mereka mahu dapatkan informasi itu, mereka perlu dapat daripada sumber yang sah dan bukanlah khabar angin ataupun cerita yang berbentuk desas-desus sahaja. Ini merupakan peranan yang perlu dimainkan semua organisasi media," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyerahkan 120 khemah kepada peniaga Pasar Pagi Merbau di Bandar Putra di sini pada Sabtu.
Jelas Nie Ching, media juga berfungsi secara dua hala dengan menyampaikan kritikan, ulasan dan hasrat daripada rakyat kepada kerajaan.
Jelasnya, kaedah tersebut agar kerajaan dapat memberi maklum balas dan mengambil tahu permasalahan rakyat.
"Kita perlu mengguna pakai media sebagai saluran untuk kita sampaikan informasi kita, berkenaan hala tuju, usaha dan polisi baru kerajaan dan manfaat program baharu yang dilaksanakan kerajaan.
"Tetapi pada masa sama media juga memainkan peranan penting untuk sampaikan ulasan, kritikan dan hasrat rakyat jelata kepada kerajaan kerana kalau tanpa platform ini bagaimana rakyat ataupun kerajaan ambil tahu tentang suara rakyat jelata," katanya.
Pada Khamis, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menyatakan Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan (JaPen) perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu.
Fahmi berkata, selaku agensi di bawah kementerian tersebut, ketiga-tiga agensi berkenaan perlu menjadi barisan hadapan dalam menangkis sebarang maklumat tidak tepat di media sosial dan media arus perdana secara segera.
29 Sep 2023Liputan Berita 2023
Berita Harian, 23 Sep 2023, KKD fokus persediaan Malaysia Pengerusi ASEAN 2025 melalui AMRI
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="26354" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]DA NANG: Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) akan memberi tumpuan kepada persediaan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025, melalui platform Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI).
Menterinya, Fahmi Fadzil, berkata usaha itu antara lain akan dilakukan menerusi agensi bawah KKD seperti Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPPTAR), Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) dan Jabatan Penerangan (JaPen).
"Mesyuarat AMRI yang seterusnya bakal diadakan di Brunei pada 2025 dan pada tahun itu juga, kita akan menjadi tuan rumah ASEAN (Pengerusi ASEAN). Saya melihat ada beberapa perkara boleh kita usahakan dalam tempoh dua tahun itu.
"Sebagai contoh, IPPTAR, Bernama dan JaPen boleh mengumpulkan rakan wartawan dari rantau Asia Tenggara bagi mempromosikan Malaysia, selain merapatkan hubungan antara negara serta mengeratkan silaturahim," katanya kepada Bernama selepas AMRI ke-16 berakhir, di sini, hari ini.
Mengenai persidangan itu pula, Fahmi berkata, beberapa perkara yang menjadi keutamaan negara terbabit, termasuk rakan dialog ASEAN, iaitu China, Jepun dan Korea Selatan, boleh diteladani Malaysia dalam meningkatkan kerjasama menerusi platform AMRI.
Katanya, Jepun memberi tumpuan kepada usaha prasarana, manakala Korea Selatan memberi penekanan kepada isu kecerdasan buatan (AI) yang boleh disalahgunakan untuk menghasilkan bahan kandungan berita palsu.
Justeru, Fahmi berkata, ASEAN Campur Tiga (ASEAN+3) perlu bekerjasama menghadapi cabaran dan risiko penggunaan meluas AI.
Ditanya mengenai mesyuarat dua hala beliau dengan Vietnam dan Kemboja, semalam, Fahmi memaklumkan bahawa KKD sedang meneliti dokumen untuk memperbaharui memorandum persefahaman (MoU) dengan Vietnam yang telah ditandatangani pada 1996.
Bagi hubungan Malaysia dengan Kemboja, beliau berkata, KKD bersedia untuk berkongsi kepakaran teknikal berkaitan perlindungan data peribadi dan keselamatan sivil.
"Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) boleh membantu dari aspek meningkatkan kesedaran dan keselamatan data peribadi, manakala CyberSecurity Malaysia (CSM) boleh menyerlahkan kepakaran mereka sebagai antara agensi teknikal terbaik di rantau Asia Pasifik," katanya.
Semalam, Fahmi mengadakan mesyuarat dua hala dengan Menteri Komunikasi dan Maklumat Vietnam, Nguyen Manh Hung, serta Menteri Komunikasi Kemboja, Neth Pheaktra, yang mana masing-masing berlangsung kira-kira 40 minit.
Bertema 'Media: Daripada Maklumat kepada Pengetahuan untuk ASEAN yang Berdaya Tahan dan Responsif', AMRI ke-16 antara lain memfokus usaha menangani salah maklumat serta membanteras berita palsu, bagi membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan dan responsif.
Delegasi Malaysia turut disertai Ketua Setiausaha KKD, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Datuk E Sivabalan; Timbalan Ketua Pengarang Bernama (Perkhidmatan Berita), Nur-ul Afida Kamaludin; serta pegawai tinggi KKD dan agensinya. – BERNAMA
Misalnya, beliau berkata, China memberi tumpuan kepada Belt and Road News Network (BRNN), iaitu sebuah platform merangkumi 182 media dari 86 negara, dilancarkan pada April 2019 bagi mempromosikan inisiatif Belt and Road yang diterajui China.
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]
29 Sep 2023Liputan Berita 2023