Berita Harian, 8 Julai 2023, Pesona Lord Of The Rings Malaysia Di Taman Negeri Kenaboi

Category: Liputan Berita 2023

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image=”25024″ img_size=”full” alignment=”center”][vc_column_text]Jeram Berungut diberi jolokan Lord Of The Rings Malaysia berikutan hampir menyamai keindahan lokasi penggambaran filem berkenaan di New Zealand, lantas ia antara tarikan ekopelancongan di Negeri Sembilan.

Biarpun jalan untuk menuju ke lokasi berkenaan menuntut kekuatan mental dan fizikal kerana perlu melalui cabaran merentasi anak sungai yang deras dan batu-batuan licin, namun segala-galanya amat berbaloi apabila sampai ke destinasi.

Mengujakan. Itulah gambar apabila melihat terbentang yang menakjubkan dan benarlah pengunjung akan berasa seolah-olah berada di tapak lokasi penggambaran filem fantasi epik itu yang dijalankan di New Zealand itu.

Di sini pengunjung disajikan dengan pemandangan yang sangat cantik dengan kawasan kiri dan kanan ada batu berlumut hijau seperti dua dinding besar dengan sungai berada di tengah-tengah. Selain itu terdapat air terjun berdekatan yang mengalir deras.

Inilah antara pengalaman dicatatkan penulis sepanjang dua hari satu malam berada di sana untuk mengikut Program Kembara Media 2023 anjuran Jabatan Penerangan Kementerian Komunikasi dan Digital itu, turut disertai 21 pengamal media lain, rasa amat berbaloi.

Terdahulu, kami semua menaiki lori Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) di Kampung Chennah, Jelebu dan perjalanan bermula jam 2.30 petang itu amat mencabar, melalui jalan berliku dan berbukit-bukau untuk sampai ke puncak.

Mujur juga cuaca agak baik sepanjang perjalanan.

Sesekali kedengaran ranting pokok yang patah dilanggar lori, berselang-seli dengan dengan hentakan kuat tayar lori apabila melalui jalan berbatu, membuatkan ada antara kami yang berpaut kepada tempat duduk, untuk mengelakkan daripada terjatuh.

Juru pandu dari Jabatan Perhutanan disediakan untuk membawa pengunjung ke lokasi ini dan mereka akan memberi penerangan sepanjang perjalanan di persekitaran laluan.

Menariknya, bukan sahaja dapat melihat kehidupan Orang Asli tetapi berpeluang juga menikmati keindahan alam semula jadi Hutan Simpan Kenaboi, Negeri Sembilan yang menyimpan pelbagai khazanah warisan turun temurun.

Setiap detik perjalanan termasuk menjejak Taman Negeri Kenaboi, meskipun ada ketika begitu meletihkan, namun cukup indah dan mempesonakan.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]