PENERAJU KESELAMATAN SIBER
- Malaysia sebagai peneraju di peringkat ASEAN dalam bidang Forensik dan Analisis Keselamatan Siber.
[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="913" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]KUALA LUMPUR, 30 Dis -- Pengguna Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) bakal menikmati kadar tambang yang lebih berpatutan apabila Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) memperkenalkan struktur tambang fleksi bermula 1 Mac tahun hadapan.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan memberitahu tiket bagi tambang fleksi itu mula dijual pada 15 Jan tahun hadapan bagi perjalanan ke semua destinasi perkhidmatan ETS dari 1 hingga 31 Mac 2020.
Menerusi pelaksanaan itu, pengguna ETS boleh mendapatkan tiket tambang perjalanan yang lebih menjimatkan mengikut cita rasa masing-masing, sekali gus memberi kelebihan kepada mereka untuk merancang perbelanjaan dan perjalanan dengan lebih baik.
"Contohnya bagi perjalanan pada musim perayaan atau cuti sekolah, pengguna yang membuat tempahan awal akan menikmati kadar tambang yang lebih rendah berbanding mereka yang membeli pada saat akhir.
"Pengguna juga berpeluang menikmati penjimatan berganda menerusi promosi yang bakal ditawarkan dari semasa ke semasa," menurut kenyataan itu.
Sebagai pengenalan, KTMB juga menawarkan promosi 'Seleksi Tempat Duduk' percuma untuk penumpang membuat pilihan tempat duduk tanpa sebarang caj tambahan bagi perjalanan antara 1 dan 30 Mac 2020.
KTMB juga masih menawarkan harga tambang konsesi untuk pesara kerajaan dan isteri, warga emas, Orang Kurang Upaya, kanak-kanak berusia 4 hingga 12 tahun, pelajar (pemegang kad KTM i-card), polis, tentera dan bomba.
-- BERNAMA
https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1803214[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

[vc_row][vc_column][vc_empty_space][vc_single_image image="385" img_size="full" alignment="center"][vc_column_text]Lembaga Tabung Haji (TH) sedang merangka pelan tindakan (blueprint) untuk tempoh lima tahun dari 2020 hingga 2024 bagi menambah baik mutu perkhidmatan dan operasi haji yang dikendalikan institusi itu.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Nik Mohd Hasyudeen Yusoff berkata pelan tindakan yang julung kali diperkenalkan itu dijangka siap pada suku pertama tahun depan, akan membolehkan TH membuat perancangan awal seiring pembangunan di Makkah dan Madinah.
"Di Tanah Suci ada banyak perubahan fizikal seperti hotel lama yang diruntuhkan, dibina baharu, ada juga penempatan-penempatan baharu, dan ia memerlukan TH untuk menilai perkhidmatan yang diberikan.
"Sebagai contoh, hotel-hotel kita terletak 950 meter dari Masjidil Haram, dan sekiranya makin jauh akan beri implikasi kepada jemaah,” katanya dalam sidang media baru-baru ini.
Jelas beliau, pelan tindakan itu turut mengambil kira Visi 2030 Arab Saudi khususnya yang melibatkan pembangunan dan pembaharuan di Tanah Suci bagi membolehkan TH terus meningkatkan perkhidmatan haji.
Pada masa ini, Nik Mohd Hasyudeen berkata TH sedang mengumpul maklumat dan pandangan daripada pihak-pihak berkepentingan untuk merealisasikan pelan tindakan tersebut. Mengenai sama ada perubahan di Tanah Suci akan memberi kesan kepada kos pengurusan haji, beliau berkata ia cabaran buat TH untuk mencari kaedah terbaik dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti.
“Satu cabaran pada kami sebab kita tahu kos sentiasa meningkat tapi kita kena cabar diri sama ada terdapat kaedah lain yang boleh diambil namun memberi kesan kepada perkhidmatan. Contohnya, kalau jarak lebih jauh dari hotel, bagaimana pula kesan daripada segi jemaah yang nak pergi masjid, perlu ada bas ke, atau macam mana?
"Perkara seperti ini yang kita kena perhalusi dengan mengambil kira umur jemaah, kemudahan mereka untuk bergerak, tak boleh ambil jalan mudah yang kemudiannya apabila jemaah sampai ke sana mereka hadapi kesukaran," katanya.
-- BERNAMA[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]