The Sun Daily, 21 Sep 2023, Fahmi: Bernama, RTM, Japen need to strengthen cooperation to combat fake news,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00Berita Harian, 21 Sep 2023, BERNAMA, RTM, JaPen perlu kukuh kerjasama tangkis berita palsu,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00AstroAwani, 21 Sep 2023, Bernama, RTM, JaPen perlu perkukuh kerjasama rangka strategi tangkis berita palsu,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00PUTRAJAYA: Pertubuhan Berita Nasional (Bernama), Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan Jabatan Penerangan (JaPen) perlu memperkukuhkan kerjasama dalam merangka strategi bagi menangkis berita palsu, kata Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil.
Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri perhimpunan bulanan Kementerian Komunikasi Digital (KKD) di sini hari ini, Fahmi berkata selaku agensi di bawah KKD, ketiga-tiga agensi tersebut perlu menjadi barisan hadapan dalam menangkis sebarang maklumat tidak tepat di media sosial dan media arus perdana secara segera.
Katanya, perkara itu perlu diberi perhatian serius bagi mengelak berlaku salah faham dan kekeliruan yang berpanjangan dalam kalangan masyarakat ekoran penyebaran berita dan maklumat palsu."Ada keperluan RTM, Bernama dan JaPen jalin kerjasama erat untuk segera tangkis tohmahan atau maklumat yang tidak berasas kerana ia boleh cemar maruah dan menimbulkan persepsi tidak baik. Ini bukan hal politik tetapi hal kenegaraan.
"Kita mesti bersifat proaktif untuk tambah baik penyampaian perkhidmatan awam, saya minta kita budayakan amalan menyemak kesahihan sesuatu maklumat atau berita sebelum dikongsi," katanya.
Bagi tujuan sama, Fahmi ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-12 (KSP RMK12) di Parlimen pada Selasa (19 Sept) telah menyatakan persetujuan dan akan meneliti cadangan Ahli Parlimen Ampang Rodziah Ismail supaya RTM mewujudkan siaran khusus bagi semakan berita fitnah agar ia boleh dirujuk secara harian.
"Mungkin kita akan wujudkan slot baharu, contohnya 'Fitnah Apa Hari ini', untuk jawab dan tangkis berita palsu supaya tidak berlaku salah faham dalam kalangan rakyat," katanya.
Mengulas video yang tular mengenai kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' yang didakwa tidak lagi dibaca ketika majlis mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, Fahmi berkata kalimah tersebut sememangnya tidak dilafazkan oleh Ahli Parlimen ketika mengangkat sumpah.
Sebaliknya, katanya kalimah berkenaan hanya dilafazkan Perdana Menteri dan Jemaah Menteri ketika mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong.
"Saya telah teliti beberapa majlis mengangkat sumpah (Ahli Parlimen) yang diadakan sebelum ini. Maka jelas tidak ada 'Wallahi Wabillahi Watallahi' dalam majlis angkat sumpah sebagai Ahli Parlimen, bukan hanya dalam penggal ini malah dalam penggal-penggal sebelum ini," katanya.
Semalam, tular sebuah video yang memaparkan Ahli Parlimen Arau Datuk Seri Shahidan Kassim meminta penjelasan mengenai kalimah 'Wallahi Wabillahi Watallahi' tidak dilafazkan Naib Pengerusi Amanah Johor Suhaizan Kaiat ketika mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Dewan Rakyat.
Dalam perkembangan lain, Fahmi berkata KKD akan melaksanakan penambahbaikan dalam penganjuran Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi 2024 bagi merancakkan lagi acara sambutan hari bersejarah itu.
"Alhamdulillah, HKHM2023 telah diadakan dengan cukup jayanya, ia tidak akan berjaya tanpa kerjasama semua pihak. Saya terharu dengan kerjasama yang diberikan kerana ini kali pertama saya kemudi kepimpinan di KKD. Insya-Allah, untuk tahun depan, kita akan teliti bagaimana untuk meriahkan lagi kalendar sambutan Bulan Kebangsaan," katanya.
Sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Dataran Putrajaya pada 31 Ogos lepas dihadiri lebih 100,000 pengunjung, manakala sambutan Hari Malaysia di Stadium Perpaduan, Kuching pada 16 Sept lepas berjaya menarik kehadiran lebih 5,000 pengunjung.
Tema HKHM 2023 ialah Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
AstroAwani, 21 Sep 2023, Mesyuarat pegawai kanan ASEAN Campur Tiga bincang kerjasama selanjutnya,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00DA NANG: Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN yang Bertanggungjawab Mengenai Maklumat Campur Tiga (SOMRI+3) ke-7 pada Khamis dimulakan pada hari kedua Persidangan Menteri-menteri ASEAN Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) ke-16 dan mesyuarat berkaitan, di sini.
Sesi itu dimulakan dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi bersama, Vietnam selaku Pengerusi SOMRI dan Korea Selatan sebagai Pengerusi Campur Tiga, yang mengalu-alukan delegasi ke mesyuarat itu dan mengharapkan kerjasama yang dapat membuahkan hasil serta kerjasama lebih erat melalui ASEAN Campur Tiga.
Mesyuarat itu, antara lain akan membincangkan perkara berkaitan Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-25 yang diadakan di Phnom Penh, Kemboja tahun lalu serta Sidang Kemuncak ASEAN Campur Tiga ke-26 yang diadakan di Jakarta, Indonesia pada 6 Sept lepas.Delegasi Malaysia diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) Datuk Mohamad Fauzi Md Isa.
Turut serta dalam delegasi ialah Pengarah Bahagian Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk E. Sivabalan, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Nur-ul Afida Kamaludin serta pegawai kanan lain daripada kementerian dan agensinya.
Sesi itu diikuti dengan Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN Campur Jepun yang Bertanggungjawab Mengenai Maklumat (SOMRI+J) ke-4, dipengerusikan bersama oleh Vietnam sebagai Pengerusi SOMRI dan Jepun.
Jepun pada mesyuarat itu berkata ASEAN sentiasa menjadi keutamaan negaranya dan ingin mengukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua pihak termasuk dalam kandungan dan sistem penyiaran, terutamanya kerana tahun ini sempena ulang tahun ke-50 persahabatan dan kerjasama ASEAN-Jepun.
Sementara itu, Thailand selaku negara penyelaras bagi Jepun mengemaskinikan mesyuarat berkenaan status kerjasama yang lepas dan berterusan serta cadangan kerjasama masa depan antara kedua-dua pihak dalam bidang maklumat dan media.
Dokumen berkaitan mesyuarat peringkat SOMRI akan dibentangkan semasa berlangsungnya AMRI.
Mesyuarat SOMRI dua hari berakhir hari ini, dan AMRI akan bermula esok dengan kehadiran Menteri-menteri ASEAN yang bertanggungjawab mengenai maklumat.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil akan mengetuai delegasi Malaysia ke mesyuarat itu.
Dengan tema 'Media: From Information to Knowledge for a Resilient and Responsive ASEAN', mesyuarat antara lain memfokuskan kepada usaha menangani salah maklumat dan membanteras berita palsu, bagi membina Komuniti ASEAN yang lebih berdaya tahan dan responsif.
-- BERNAMA
[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]The Edge Malaysia, 20 Sep 2023, Da Nang to host Asean meeting on information,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00Bernama, 21 Sep 2023, Malaysia Vice-Chair for Somri working Group, Shares Experiences with ASEAN member states – KKD SEC-GEN
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00Bernama, 21 Sep 2023, Malaysia ready to share initiatives to counter, curb fake news at 16th AMRI,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00Bernama, 21 Sep 2023, Bernama, RTM, JaPen need to strengthen their cooperation to combat fake news
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00The Malaysian Insight, 20 Sep 2023, Persidangan AMRI ke-20 bermula hari ini,
jonathan2023-10-27T14:26:54+08:00PERSIDANGAN Menteri-menteri Asean Bertanggungjawab Bagi Maklumat (AMRI) dan mesyuarat-mesyuarat berkaitan kali ke-16 bermula hari ini dengan sesi pleno Mesyuarat Pegawai Kanan Asean yang Bertanggungjawab Mengenai Maklumat (SOMRI) ke-20 di Furama Resort Danang, di Danang, Vietnam.
Sidang Pleno SOMRI pada pukul 9 pagi (10 pagi waktu Malaysia) ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Timbalan Menteri Penerangan dan Komunikasi Vietnam Nguyen Thanh Lam. Dalam ucapannya itu Lam berkata pada era yang menyaksikan kemajuan teknologi yang pesat dan maklumat tersebar dengan meluas ketika ini, cara orang ramai menggunakan serta berkongsi maklumat berkembang pada kadar cukup pantas, belum pernah dilihat sebelum ini. “Adalah menjadi kewajipan pegawai-pegawai kanan Asean yang bertanggungjawab mengenai maklumat untuk mengawasi perubahan transformatif ini, berurusan dengan semua pihak berkepentingan dan memberikan syor kepada menteri-menteri Asean yang bertanggungjawab mengenai maklumat,” katanya. Sesi hari ini turut menyaksikan penyerahan kerusi pengerusi SOMRI daripada Thailand kepada Vietnam. Sementara itu delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), Mohamad Fauzi Md Isa dalam intervensinya berharap perkumpulan itu dapat mengadakan perbincangan dan saling bertukar pandangan yang bermanfaat bagi membincangkan perkara-perkara yang mempunyai kepentingan bersama. “Kita harap dapat mengadakan perbincangan bermakna dan bekerjasama untuk menambah baik pertukaran maklumat, kerjasama media dan inisiatif komunikasi dalam komuniti Asean,” katanya. Turut serta dalam delegasi ialah Pengarah Media dan Komunikasi Korporat Jabatan Penerangan (JaPen) E.Sivabalan, Timbalan Ketua Pengarang (Perkhidmatan Berita) Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Nur-ul Afida Kamaludin serta pegawai-pegawai kanan lain daripada kementerian dan agensinya. Pada sesi itu Malaysia telah menawarkan diri untuk menjadi naib pengerusi Kumpulan Kerja Maklumat, Media dan Latihan untuk SOMRI mulai 2023 hingga 2025. Pasukan Petugas ASEAN bagi Menangani Berita Palsu (TFFN) berada di bawah kumpulan kerja ini. SOMRI selama dua hari bermula sebelum AMRI ke-16, yang akan dibuka secara rasmi pada 22 September. Delegasi Malaysia ke AMRI akan diketuai oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil. Esok, SOMRI akan diteruskan dengan mesyuarat SOMRI Plus Three, dan mesyuarat SOMRI Plus Japan ke-7. Dengan tema ‘Media: From Information to Knowledge for a Resilient and Responsive Asean’, mesyuarat SOMRI antara lain memfokuskan pada usaha menangani salah maklumat dan membanteras berita palsu, bagi membina Komuniti Asean yang lebih berdaya tahan dan responsif. – Bernama, 20 September, 2023.[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]