KKD BERTEMU WAKIL TIKTOK DAN META, BINCANG ISU KANDUNGAN BERKAITAN PALESTIN YANG DITURUNKAN
balqis2023-11-28T16:08:33+08:0010 Nov 2023Infografik 2023
3 OKT 2023, SABAH NEWS, Info On Boat Inisiatif Baru Pemasaran Maklumat Kerajaan
balqis2023-12-13T12:23:35+08:0013 Oct 2023Liputan Berita 2023
22 OKt 2023, NEWS WAV, Japen Says 84 Madani Communities formed in Melaka to help spread govt policies
balqis2023-12-13T12:19:16+08:0013 Oct 2023Liputan Berita 2023
23 OKT 2023, SUMBER KINI, JaPen Selangor Rai 19 Rakan Strategik
balqis2023-12-13T12:09:47+08:00SHAH ALAM: Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Selangor meraikan 19 rakan strategik yang sama-sama menjayakan program Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2023 Peringkat Negeri Selangor di Bunga Tanjung Banquet Hall, Kelab Shah Alam, di sini pada Isnin.
Unit Media Japen Selangor berkata, Majlis Apresiasi HKHM 2023 Peringkat Negeri Selangor pada hari ini bertujuan untuk menghimpunkan 19 rakan strategik sebagai tanda penghargaan atas komitmen serta kerjasama erat yang telah diberikan bermula 16 Julai sehingga 16 September 2023 yang lalu.
“Antara kerjasama erat yang dijalankan bersama rakan strategik ialah Program Semarak Gemilang di tiga lokasi yang terpilih iaitu Hospital Shah Alam, Pelabuhan Klang dan Kampung Setia, Kuang, Gombak.
“Selain itu, penganjuran konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang (KMJG) di lima daerah iaitu daerah Kuala Langat, Klang, Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Gombak dengan penglibatan pelbagai jenis kenderaan termasuk kenderaan pacuan empat roda dan motorsikal berkuasa tinggi,” katanya menerusi kenyataan media pada Isnin.
Menurutnya, selain terlibat dengan Majlis Pelancaran Bulan Kebangsaan Peringkat Negeri Selangor, JaPen Selangor turut menganjurkan program Merdeka@Komuniti melibatkan 46 lokasi di kesemua sembilan daerah di Selangor.
“Majlis pada hari ini turut berlangsung dengan penyampaian ‘Anugerah Semarak Gemilang’ dengan menyediakan hadiah berupa wang tunai sebanyak RM3,000.00 beserta plak dan sijil penyertaan sempena Majlis Apresiasi HKHM 2023 Peringkat Negeri Selangor.
“Majlis Apresiasi HKHM 2023 ini dihadiri oleh Puan Normaizatulakmal Tujad, Pengarah Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) Negeri Selangor,” katanya.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
22 OKT 2023, MELAKA HARI INI, TIADA PERANCANGAN TAMBAH KOMUNITI MADANI – JAPEN
balqis2023-12-13T12:07:51+08:00DUYONG 22 Oktober – Jabatan Penerangan (JaPeN) Negeri Melaka tidak merancang untuk menambah jumlah Komuniti Madani di setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam masa terdekat.
Pengarah JaPeN Melaka, Shahrom Ravin Daram Abdullah berkata, setakat ini secara keseluruhan terdapat 84 Komuniti Madani di setiap DUN.
Katanya, setiap DUN mempunyai tiga Komuniti Madani yang akan terus diperkasakan dan dinilai keberkesanannya.
“Setakat ini tiga dahulu, kita mahu lihat keberkesanan Komuniti Madani yang sedia ada dahulu.
“Jika memberangsangkan, kita akan bawa ke mesyuarat dan meminta persetujuan di peringkat kementerian untuk menambah Komuniti Madani. Sebelum ini hanya seorang sahaja dilantik, sekarang sudah tiga, jadi kita lihat dulu berkesan atau tidak,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kita Madani Peringkat Negeri Melaka 2023 yang dirasmikan oleh Timbalan Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital negeri, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem di Pusat Ekonomi Digital (PEDi) di Taman Seri Duyong 2, di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Shahrom Ravin berkata Komuniti Madani yang dilantik merupakan duta kecil yang akan menjadi pengantara yang akan menyampaikan maklumat kerajaan kepada masyarakat.
“Kita mengharapkan akan menerima peruntukan untuk disalurkan kepada seluruh Komuniti Madani di negeri ini namun prosesnya perlu melalui pelbagai kementerian.
“Komuniti Madani ini juga, kita akan beri kepercayaan untuk melaksanakan program-program berskala kecil yang memberi manfaat kepada masyarakat,” katanya.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
20 OKT 2023, BERNAMA, JAPEN ANJUR IOW KHAS FOKUS BELANJAWAN 2024
balqis2023-12-13T12:04:36+08:00SHAH ALAM - Sinar Karangkraf bakal menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) dengan penganjuran program atau wacana bagi memperkasakan hubungan antara syarikat media swasta dan kerajaan.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, usaha tersebut masih dalam perbincangan namun pihaknya komited dalam memastikan ia dapat direalisasikan.
Menurutnya, menerusi penganjuran itu nanti, ia membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk lebih mengenali peranan JaPen khususnya.
“Sekarang ini masih di peringkat awal, kita merancang untuk melaksanakan satu program seperti Konvensyen Media.“Ini menunjukkan komitmen kami yang mahukan kerjasama yang kukuh dengan jabatan berkenaan selaku agensi yang sangat penting kepada perkembangan media dalam negara,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Datuk E Sivabalan di Kumpulan Media Karangkraf pada Rabu. Sementara itu, Sivabalan berkata, perbincangan bagi kerjasama strategik tersebut merupakan satu perkembangan positif antara kerajaan dan media dalam bergabung tenaga bagi menganjurkan sesuatu program bersama. “Ini mungkin pertama kali JaPen bekerjasama dengan syarikat media swasta. “Kami akan bawa perbincangan ini ke perhatian pengurusan tertinggi jabatan untuk mandat,” ujarnya. Menerusi kunjungan hormat ke Kumpulan Media Karangkraf, Sivabalan bersama kakitangan bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen diberi penerangan berhubung perjalanan operasi Sinar Harian. Mereka juga dibawa meninjau bilik berita Sinar Harian bagi melihat sendiri proses penerbitan akhbar dan juga berita dalam talian.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
18 OKT 2023, SINAR HARIAN, SINAR KARANGKRAF BINCANG KERJASAMA ANJUR PROGRAM BERSAMA JAPEN
balqis2023-12-13T12:00:32+08:00SHAH ALAM - Sinar Karangkraf bakal menjalinkan kerjasama dengan Jabatan Penerangan (JaPen) dengan penganjuran program atau wacana bagi memperkasakan hubungan antara syarikat media swasta dan kerajaan.
Ketua Pemasaran dan Penjenamaan Grup Sinar Karangkraf, Nik Justin Nik Mohd Ariffin berkata, usaha tersebut masih dalam perbincangan namun pihaknya komited dalam memastikan ia dapat direalisasikan.
Menurutnya, menerusi penganjuran itu nanti, ia membuka ruang lebih luas kepada masyarakat untuk lebih mengenali peranan JaPen khususnya.
“Sekarang ini masih di peringkat awal, kita merancang untuk melaksanakan satu program seperti Konvensyen Media.“Ini menunjukkan komitmen kami yang mahukan kerjasama yang kukuh dengan jabatan berkenaan selaku agensi yang sangat penting kepada perkembangan media dalam negara,” katanya. Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat daripada Pengarah bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen, Datuk E Sivabalan di Kumpulan Media Karangkraf pada Rabu. Sementara itu, Sivabalan berkata, perbincangan bagi kerjasama strategik tersebut merupakan satu perkembangan positif antara kerajaan dan media dalam bergabung tenaga bagi menganjurkan sesuatu program bersama. “Ini mungkin pertama kali JaPen bekerjasama dengan syarikat media swasta. “Kami akan bawa perbincangan ini ke perhatian pengurusan tertinggi jabatan untuk mandat,” ujarnya. Menerusi kunjungan hormat ke Kumpulan Media Karangkraf, Sivabalan bersama kakitangan bahagian Media dan Komunikasi Korporat JaPen diberi penerangan berhubung perjalanan operasi Sinar Harian. Mereka juga dibawa meninjau bilik berita Sinar Harian bagi melihat sendiri proses penerbitan akhbar dan juga berita dalam talian.
13 Oct 2023Liputan Berita 2023
10 OKT 2023, THE SUN DAILY, JAPEN’S SPECIAL IOW PROGRAMME FOCUSES ON BUDGET 2024 INITIATIVES
balqis2023-12-13T11:55:26+08:00KUALA LUMPUR: The Information Department (JaPen) of Kuala Lumpur and Putrajaya organised a special Info On Wheels (IOW) programme for Budget 2024 in the public housing area of Pantai Permai here today.
Its director Muhammad Najmi Mustapha said the programme kicked off on Oct 14 and will extend to all 12 parliamentary constituencies in Kuala Lumpur and Putrajaya throughout next week. It is aimed at explaining matters related to the policies and government initiatives announced during the presentation of Budget 2024 on Oct 13 to the local community.
“The budget aims to help people financially. Today, we focus on what the government is providing to the people, especially the Rahmah Cash Aid (STR), which boosts economic activities when people receive these contributions,“ he said when met today.
He added that the IOW programme, which emphasised the STR and Sumbangan Asas Rahmah (SARa), will also explain Budget 2024 allocations for youths.
“We will also focus on youths, as there are allocations given specifically for them, for example, to boost the economy through initiatives such as the National Entrepreneurial Group Economic Fund (TEKUN),“ he said.
Among the programme’s focus is on the one-time 2024 Early Schooling Aid (BAP) in January 2024 and discounts on the repayment of National Higher Education Fund Corporation (PTPTN) loans from Oct 14, 2023, to March 31, 2024.-Bernama
13 Oct 2023Liputan Berita 2023