KEMENTERIAN KOMUNIKASI TELITI PENYELESAIAN TERBAIK DAPATKAN PERLINDUNGAN KEPADA PENGAMAL MEDIA SEPARUH MASA, KRU FILEM, KRU MUZIK DAN KRU PRODUKSI BELAKANG TABIR
balqis2024-02-26T16:31:26+08:0021 Feb 2024Infografik 2024
KOLABORASI DI PERINGKAT ANTARABANGSA PERLU BERI PERHATIAN, PASTIKAN SEKTOR PERTANINAN NEGARA TIDAK KETINGGALAN
balqis2024-02-26T16:30:17+08:0021 Feb 2024Infografik 2024
21 Feb 2024Infografik 2024
21 Feb 2024Infografik 2024
YB SENATOR DATUK MUTANG TAGAL DILANTIK SEBAGAI YDP DEWAN NEGARA KE-20 UNTUK TEMPOH 3 TAHUN OLEH SPB YDPA SULTAN IBRAHIM
balqis2024-02-26T16:23:05+08:0021 Feb 2024Infografik 2024
KOD ETIKA KEWARTAWAN TIDAK KEKANG KEBEBASAN MEDIA –FAHMI – WILAYAHKU
balqis2024-02-21T11:26:15+08:00KOD Etika Kewartawanan yang dilancarkan hari ini tidak bertujuan mengekang kebebasan media sebaliknya untuk meningkatkan kemahiran wartawan.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata kod etika media itu telah wujud sejak tahun 1989 dan dalam versi baharu yang dilancarkan ini mengandungi beberapa penambah baikkan.
“Kod etika ini telah wujud sejak tahun 1989 dan ia merupakan garis panduan untuk wartawan melaksanakan tugas.
“Ia telah dimurnikan dengan penglibatan wakil wartawan serta organisasi media dan mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu dan mengongkong ataupun menyekat kebebasan dalam membuat pelaporan,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Putrajaya hari ini.
Hadir sama, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Muhamad Fauzi Md. Isa, Ketua Pengarah Jabatan Penerangan (JaPen) Datuk Mohd Sukari Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.
Menurut Fahmi tidak ada kebebasan yang mutlak bagi mana-mana individu atau organisasi untuk membuat atau menerbitkan kenyataan yang tidak benar.
“Dalam konteks ini , undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam,” katanya.
Kod Etika Kewartawan yang dilancarkan hari ini mengandungi lapan perkara iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dialog; wartawan hendaklah telus bertintegriti ketika menjalankan tugas; wartawan digalakkan berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi.
Selain itu pemberitaan tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi; kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak; wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber; wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.-WILAYAHKU
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
FAHMI LANCAR 8 KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA – BEBASNEWS
balqis2024-02-21T10:54:42+08:00PUTRAJAYA — Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil hari ini melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia yang diharap akan terus memacu media Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih mengenai keadaan semasa negara.
Beliau berkata, kod etika berkenaan yang menggarap lapan etika adalah versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lalu.
“Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika ini akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber yang dipercayai rakyat,” katanya ketika berucap melancarkan kod itu.
Sebelum ini, Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada tahun 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen.
Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Menurut Fahmi, Kod Etika Wartawan ini telah dimurnikan dengan penglibatan wakil wartawan serta organisasi media agar dapat mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan.
“Namun demikian, tidak ada kebebasan yang mutlak bagi manamana individu atau organisasi untuk membuat kenyataan yang tidak benar. Dalam konteks ini, undang-undang sedia ada memadai untuk memastikan ketenteraman awam tidak terancam.
Justeru, pihak wartawan dan organisasi media perlu bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih. Wartawan juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia MADANI,” katanya.
Kod etika ini turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.
KPM merupakan dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.
Seiring dengan evolusi industri media, kod etika tersebut dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi.
Setakat 16 Februari 2024, seramai 9,750 pengamal media berdaftar dengan Kad Perakuan Media JaPen, melibatkan 152 agensi media, empat daripadanya Media Rasmi Kerajaan, 38 Media Tempatan, 60 Media dalam Talian dan 50 Media Antarabangsa.
Bercakap kepada media kemudiannya, Fahmi berkata JaPen berhak membatalkan KPM kerana mereka merupakan badan yang mengeluarkan kad perakuan media.
Fahmi mengulas pertanyaan sama ada tindakan tersebut boleh dibuat di bawah kod etika wartawan itu.
Sementara itu, Fahmi berkata JaPen akan meneliti aduan serta isu yang melibatkan pematuhan etika kewartawanan.
Katanya kod etika itu menjadi garis panduan untuk memberi ataupun menarik balik KPM daripada wartawan dan pengamal media.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
KOD ETIKA JADI PANDUAN WARTAWAN MALAYSIA- SINAR HARIAN
balqis2024-02-21T10:51:49+08:00Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu adalah satu perkara yang penting untuk dijadikan panduan kepada wartawan atau pengamal media dalam menjalankan tugas, lapor wartawan Sinar Harian, Farah Shazwani Ali.
Presiden Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (Iswami) Malaysia, Ashwad Ismail berkata, ia menandakan satu titik penting kepada semua wartawan kerana kod etika ini bukanlah satu perkara baharu di peringkat global.
Katanya, tetapi untuk Malaysia, ia adalah sebagai 'refresher' untuk memperingatkan kita semula tentang kenapa perlunya kod etika wartawan ini.
21 Feb 2024Liputan Berita 2024
21 Feb 2024Liputan Berita 2024