BERIKUT adalah tanggungjawab wartawan
1. Wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dialog
2. Wartawan hendaklah telus dan berintegriti ketika menjalankan tugas
3. Wartawan digalakkan berusaha secara konsisten untuk berlaku adil dalam menyampaikan maklumat
4. Pemberitaan tidak boleh dipengaruhi kepentingan peribadi
5. Kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak
6. Wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber
7. Wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka
8. Wartawan perlu memberikan keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan
Dokumen rasmi punca kuasa
Sementara itu, Fahmi berkata Kod Etika Wartawan Malaysia juga adalah dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media.
Kad perakuan media yang dikeluarkan JaPen adalah dokumen pengenalan diri bagi pengamal media daripada agensi dan syarikat media berdaftar.
"Kad perakuan media digunakan oleh wartawan dan organisasi media untuk membuat pelaporan acara rasmi kerajaan," katanya.
Fahmi berkata setakat 16 Februari lalu, ada seramai 9,750 pengamal media berdaftar dengan kad perakuan media JaPen, melibatkan 152 agensi media.
Katanya empat daripada agensi media itu merupakan media rasmi kerajaan, 38 media tempatan, 60 media dalam talian dan 50 media antarabangsa.
"Saya berharap warga media terus mendedikasikan dunia kewartawanan ke arah yang positif demi kemaslahatan rakyat dan negara," katanya.
Kerajaan katanya, sentiasa komited dalam menjaga kebebasan pengamal media untuk menyampaikan maklumat dan pemberitaan tanpa halangan daripada pihak yang berkepentingan.
M'sia ke-73 daripada 180 negara dalam aspek kebebasan media
Laporan Indeks Kebebasan Media bagi 2023 oleh Reporters Without Borders (RSF) menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-73 daripada 180 buah negara.
"Keunikan landskap media di Malaysia semestinya tidak tertakluk kepada cara penilaian yang berlandaskan media barat. Pengamal media di Malaysia sentiasa bertindak mengikut keadaan negara dengan mengambil kira undang-undang sedia ada.
"Hal ini membuktikan ada pergerakan yang dinamik dalam penyampaian maklumat oleh wartawan. Dalam keadaan dunia yang serba moden ini, medium penyampaian maklumat sentiasa berkembang," katanya.
20 FEBRUARI 2024, NEW STRAITS TIMES, CODE OF ETHICS FOR JOURNALISTS TO RAISE INTEGRITY OF MEDIA AGENCIES AS SOURCE OF TRUSTED NEWS – FAHMI
balqis2024-03-12T13:40:34+08:00PUTRAJAYA: The Malaysian Code of Ethics for Journalists, launched today, is a guideline for media agencies to carry out their duties, thus promoting professionalism and integrity of the media as a source of news and information trusted by the people.
Developed by the Communications Ministry through the Malaysian Information Department (JaPen) and launched by Communications Minister Fahmi Fadzil, the code outlines eight fundamental ethics that underscore the responsibilities and standards expected of journalists.
These include being the voice of the plural society; being transparent and with integrity; fairness in conveying information, validity and accuracy of information, independence from personal interests and protecting the privacy and confidentiality of sources.
Journalists are also required to have an understanding of the laws and policies relevant to their profession and to give priority to continuously improving their journalistic skills.
JaPen, in a statement said the code will be used as a reference in its management of the Media Certification Card (KPM) for media practitioners.
The card serves as an official identification document for media practitioners from media agencies recognised by the government to cover official events.
The Malaysian Journalism Code of Ethics published by the Malaysian Press Institute (MPI) in 1989 served as the main reference by JaPen in the management of the card previously.
"In line with the evolution of the media industry, the code of ethics is updated and to serve as a guide a guide for all JaPen KPM holders in carrying out their duties in the building of an informed society," read the statement.
Also present at the launch of the Malaysian Code of Ethics for Journalists were Communications Ministry secretary-general Datuk Mohamad Fauzi Md Isa and director-general of Information Datuk Mohd Sukari Ab Hamid. -BERNAMA
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, NEW STRAITS TIMES, DRAFT OF MEDIA COUNCIL BILL IN FINAL PHASE – FAHMI
balqis2024-03-12T13:40:19+08:00PUTRAJAYA: The government is now in the final phase of preparing the draft of the Malaysian Media Council (MMC) Bill which will be presented to the cabinet, says Communications Minister Fahmi Fadzil.
He explained that the process to establish the media council took some time as it involved consultation with the Attorney General's Chambers and needed to be considered and decided upon by the cabinet.
"Insha-Allah (the establishment of the Malaysian Media Council) will be concluded in the not-too-distant future," he said at the launch of the Malaysian Code of Ethics for Journalists here today.
Previously, Fahmi was reported to have stated that the government was considering several media-related bills, including one for the establishment of the MMC, to ensure freedom of the press in the country.
Fahmi reiterated the government's commitment to safeguarding the welfare of media practitioners in the country, urging the Information Department (JaPen) to intensify initiatives that would benefit this group.
He informed that a meeting had also been held with Human Resources Minister Steven Sim Chee Keong to ensure the welfare of stringers (freelance journalists) is protected, particularly through the Employees Provident Fund (EPF) and the Social Security Organisation (Perkeso).
"It is understood that out of 9,750 media accreditation cardholders, more than 6,000 are stringers, which is a significant number.
"The welfare aspects of EPF and, Perkeso are under consideration. I need some time to discuss the matter with the secretary-general of the Communications Ministry, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa... there is some positive news for stringers. Just give us a little time," he said.
He then called on JaPen to assess the suitability of extending the validity period of media accreditation cards for international media practitioners, currently requiring annual renewal, in contrast to the two-year validity period for local media.
"I see the need for this, considering that many practitioners involved in international media are Malaysians, who are based locally," he said.-- BERNAMA
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, THE STAR, DRAFT OF MEDIA COUNCIL BILL IN FINAL PHASE
balqis2024-03-12T13:43:09+08:00PUTRAJAYA: The government is now in the final phase of preparing the draft of the Malaysian Media Council (MMC) Bill which will be presented to the cabinet, says Communications Minister Fahmi Fadzil.
He explained that the process to establish the media council took some time as it involved consultation with the Attorney General's Chambers and needed to be considered and decided upon by the cabinet.
"Insha-Allah (the establishment of the Malaysian Media Council) will be concluded in the not-too-distant future," he said at the launch of the Malaysian Code of Ethics for Journalists here today.
Previously, Fahmi was reported to have stated that the government was considering several media-related bills, including one for the establishment of the MMC, to ensure freedom of the press in the country.
Fahmi reiterated the government's commitment to safeguarding the welfare of media practitioners in the country, urging the Information Department (JaPen) to intensify initiatives that would benefit this group.
He informed that a meeting had also been held with Human Resources Minister Steven Sim Chee Keong to ensure the welfare of stringers (freelance journalists) is protected, particularly through the Employees Provident Fund (EPF) and the Social Security Organisation (Perkeso).
"It is understood that out of 9,750 media accreditation cardholders, more than 6,000 are stringers, which is a significant number.
"The welfare aspects of EPF and, Perkeso are under consideration. I need some time to discuss the matter with the secretary-general of the Communications Ministry, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa... there is some positive news for stringers. Just give us a little time," he said.
He then called on JaPen to assess the suitability of extending the validity period of media accreditation cards for international media practitioners, currently requiring annual renewal, in contrast to the two-year validity period for local media.
"I see the need for this, considering that many practitioners involved in international media are Malaysians, who are based locally," he said.-- BERNAMA
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, BERITA HARIAN, PRINSIP KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA SEIRING PERUBAHAN TEKNOLOGI – MPI
balqis2024-03-12T13:43:00+08:00PUTRAJAYA: Prinsip Kod Etika Wartawan Malaysia wajar dijadikan sebagai pembimbing perlakuan bagi semua pengamal media tanpa mengira platform.
Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI), Datuk Mustapa Omar berkata, lapan prinsip etika yang digariskan merangkumi keperluan semasa yang sentiasa berubah dalam landskap media bukan sahaja di Malaysia, malah seluruh dunia.
Beliau berkata, landskap media yang sentiasa berubah menyediakan cabaran serta peluang baharu kepada pengamal media.
Dalam persekitaran dinamik, katanya, pematuhan kepada prinsip etika sangat penting dan seiring dengan perubahan teknologi seperti Kecerdasan Buatan (Al), kod etika ini juga perlu dikemas kini.
"Dalam menyumbang kepada persekitaran media yang bertanggungjawab dan dipercayai, penekanan kepada profesionalisme, penghormatan terhadap hak dan martabat, ketepatan, keadilan, ketelusan dan peningkatan berterusan sangat penting dalam mengukuhkan asas etika kewartawanan," katanya ketika berucap pada Majlis Peluncuran Kod Etika Wartawan Malaysia di Kementerian Komunikasi di sini hari ini.
Lapan Kod Etika Wartawan Malaysia yang digariskan itu membabitkan wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk serta ejen pemudah cara dailog, perlu telus dan berintegriti, berusaha secara konsisten untuk adil dalam menyampaikan informasi dan pemberitaan tidak boleh dipengaruhi oleh kepentingan peribadi.
Turut tersenarai, kesahihan dan ketepatan maklumat perlu disemak, menghormati privasi dan kerahsian sumber, memahami undang- undang berkaitan ruang lingkup tugasan dan memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran secara berterusan.
Mustapa berkata, kod etika yang dikemas kini itu juga mencerminkan komitmen dan usaha untuk mengekalkan integriti, ketepatan, dan keadilan dalam kerjaya sebagai wartawan di samping menghormati hak dan martabat individu serta masyarakat.
Beliau berkata, kepentingan awam juga perlu diutamakan dalam setiap pemberitaan termasuk kepatuhan undang-undang supaya wartawan dapat menjalankan tanggungjawab dengan telus dan seimbang.
Katanya, terdapat beberapa kod etika sedia ada di Malaysia berkaitan dengan wartawan dan media dan difahamkan Kod Etika Wartawan Malaysia ini akan dijadikan sebagai garis panduan dan rujukan oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi permohonan dan pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) yang diperkenalkan oleh jabatan berkenaan.
"Sehubungan itu, kita berharap JaPen dapat memperincikan dan menjelaskan lapan prinsip kod etika ini bagi mengelak kekeliruan dan salah faham di kalangan wartawan dan pengamal media lain," katanya.
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, BERITA HARIAN, RUU PENUBUHAN MAJLIS MEDIA MALAYSIA KINI DI PERINGKAT AKHIR – FAHMI
balqis2024-03-12T13:42:52+08:00PUTRAJAYA: Kerajaan kini dalam fasa terakhir untuk membawa Draf Rang Undang-undang (RUU) Majlis Media Malaysia (MMC) ke Kabinet, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Beliau berkata penubuhan majlis media itu mengambil sedikit masa kerana ia melibatkan proses dengan Jabatan Peguam Negara, dan perlu dipertimbang serta diputuskan oleh Jemaah Menteri.
"Insya-Allah (penubuhan Majlis Media Malaysia) tidak berapa lama lagi," katanya berucap melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia hari ini.
Menurutnya kerajaan sentiasa komited memastikan kebajikan pengamal media di negara ini terbela dan Jabatan Penerangan (JaPen) diseru mempergiat pelbagai inisiatif yang akan memberi manfaat kepada golongan itu.
"Difahamkan daripada 9,750 pemegang kad perakuan media, lebih 6,000 adalah wartawan sambilan dan ini jumlah besar. Aspek kebajikan berkaitan KWSP, PERKESO dalam pertimbangan. Saya perlu sedikit masa untuk bincang dengan Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa... ada sedikit berita positif untuk wartawan sambilan, berikan kami sedikit masa," katanya.
Sementara itu, beliau meminta JaPen mengkaji kewajaran meningkatkan tempoh perakuan kad media membabitkan pengamal media antarabangsa, yang ketika ini tempoh sah hanya untuk setahun sahaja berbanding media tempatan iaitu dua tahun.
"Saya lihat ada kewajaran memandangkan ramai rakan media yang terlibat dalam media antarabangsa adalah warga Malaysia dan mereka berpangkalan di negara ini," katanya. – BERNAMA
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, BERITA HARIAN, KOD ETIKA WARTAWAN TAK KEKANG KEBEBASAN MEDIA NEGARA – FAHMI
balqis2024-03-12T13:42:44+08:00PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia versi baharu yang dilancarkan hari ini, tidak akan mengekang kebebasan media negara ini.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil, menegaskan kod etika itu sebenarnya wujud sejak 1989 dan dilancarkan semula selepas pihaknya membuat penambahbaikan tertentu.
"Kod etika ini telah wujud sejak 1989. Kita hanya menambah baik. Memandangkan ada beberapa perkara sebagai contoh kalau kita teliti perkara kelapan (dalam kod etika).
"Wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan antara lain sebab perkembangan teknologi," katanya selepas Majlis Pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia di kementeriannya hari ini.
Majlis pelancaran itu turut dihadiri Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi, Datuk Mohamad Fauzi Md Isa; Ketua Pengarah Penerangan, Datuk Mohd Sukari Ab Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysian Press Institute (MPI) Datuk Mustapa Omar.
Kod Etika Wartawan Malaysia mengandungi lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk, hendaklah telus dan berintegriti serta berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi, kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Mengulas lanjut, Fahmi berkata, dengan adanya kod etika ini, prinsip seperti kebebasan bersuara akan dipertahankan pihaknya kerana ia termaktub dalam Perlembagaan.
"Tapi pada masa yang sama perlu ada satu peningkatan kesedaran dan kemahiran dalam kalangan wartawan untuk mendepani zaman termasuk isu AI (kecerdasan buatan) dan media sosial," katanya.
Fahmi berkata, Kod Etika Wartawan Malaysia ini adalah versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) bagi menggantikan kod etika yang diguna pakai sejak 35 tahun lalu.
"Kod Etika Wartawan ini dimurnikan dengan pembabitan wakil wartawan serta organisasi media agar dapat mengambil kira peranan pengamal media tanpa mengganggu gugat, mengongkong atau menyekat kebebasan bersuara wartawan dalam membuat pelaporan," katanya.
Dalam pada itu, Fahmi memaklumkan, pihaknya akan meminta MPI untuk menghasilkan satu modul khusus berkaitan penggunaan kecerdasan AI bagi manfaat media di negara ini.
"Ada beberapa perkara tetapi penting untuk media mengetahui bukan hanya untuk menghasilkan bahan tetapi juga untuk mengenalpasti sebagai contoh 'deep fake'.
"Dan ini adalah penipuan yang menyalahgunakan kandungan menggunakan AI untuk menyebar berita palsu.
"Saya harap dalam masa yang tak terlalu lama kita boleh ada satu modul yang boleh menjemput media untuk meneliti dan mengikutinya," katanya.
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, BERITA HARIAN, KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA PACU MEDIA BERI MAKLUMAT SAHIH, TEPAT – FAHMI
balqis2024-03-12T13:42:36+08:00PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber dipercayai rakyat dalam memberi maklumat tepat dan sahih mengenai keadaan semasa negara, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, kod etika berkenaan adalah versi baharu yang diteliti semula oleh Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) untuk menggantikan kod yang telah diguna pakai sejak 35 tahun lalu.
"Pihak media berperanan penting sebagai mata dan telinga yang boleh dipercayai dalam memberikan maklumat tepat dan sahih tentang keadaan semasa negara. Kod etika ini akan terus memacu media di Malaysia sebagai sumber yang dipercayai rakyat," katanya ketika berucap melancarkan Kod Etika Wartawan Malaysia di sini hari ini.
JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran hari ini berkata kod etika berkenaan menggarap lapan etika utama iaitu wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
Beliau mengingatkan wartawan dan organisasi media untuk bertanggungjawab dalam menyebarkan maklumat yang sahih kerana mereka juga berperanan menyuburkan kemakmuran serta keharmonian yang didukung melalui nilai Malaysia MADANI.
Sementara itu, Fahmi berkata, Kod Etika Wartawan Malaysia juga adalah dokumen rasmi sebagai punca kuasa dan rujukan bagi tujuan pengeluaran serta pembatalan kad perakuan media.
Kad perakuan media yang dikeluarkan JaPen adalah dokumen pengenalan diri bagi pengamal media daripada agensi dan syarikat media berdaftar.
"Kad perakuan media digunakan oleh wartawan dan organisasi media untuk membuat pelaporan acara rasmi kerajaan," katanya.
Fahmi berkata, setakat 16 Februari lalu, 9,750 pengamal media berdaftar dengan kad perakuan media JaPen, membabitkan 152 agensi media.
Katanya, empat daripada agensi media itu adalah media rasmi kerajaan, 38 media tempatan, 60 media dalam talian dan 50 media antarabangsa.
"Saya berharap warga media terus mendedikasikan dunia kewartawanan ke arah yang positif demi kemaslahatan rakyat dan negara," katanya.
Beliau berkata, kerajaan sentiasa komited dalam menjaga kebebasan pengamal media untuk menyampaikan maklumat dan pemberitaan tanpa halangan daripada pihak yang berkepentingan.
Katanya, laporan Indeks Kebebasan Media bagi 2023 oleh Reporters Without Borders (RSF) menempatkan Malaysia pada kedudukan ke-73 daripada 180 negara.
"Keunikan landskap media di Malaysia semestinya tidak tertakluk kepada cara penilaian yang berlandaskan media barat. Pengamal media di Malaysia sentiasa bertindak mengikut keadaan negara dengan mengambil kira undang-undang sedia ada.
"Hal ini membuktikan ada pergerakan yang dinamik dalam penyampaian maklumat oleh wartawan. Dalam keadaan dunia yang serba moden ini, medium penyampaian maklumat sentiasa berkembang," katanya. -- BERNAMA
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, BERITA HARIAN, KOD ETIKA WARTAWAN MALAYSIA ANGKAT MARTABAT AGENSI MEDIA SEBAGAI SUMBER BERITA DIYAKINI
balqis2024-03-12T13:42:15+08:00PUTRAJAYA: Kod Etika Wartawan Malaysia yang dilancarkan hari ini adalah sebagai garis panduan untuk agensi media melaksanakan tugas, sekali gus mengangkat martabat media sebagai sumber berita dan maklumat diyakini oleh rakyat.
Kod Etika Wartawan Malaysia yang juga inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen) itu menggarap lapan etika utama, dan dilancarkan oleh Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Lapan etika berkenaan adalah wartawan bertanggungjawab menjadi suara masyarakat majmuk; wartawan hendaklah telus dan berintegriti; dan wartawan digalakkan berlaku adil dalam menyampaikan informasi.
Etika lain adalah pemberitaan tidak dipengaruhi kepentingan peribadi; kesahihan dan ketetapan maklumat dan wartawan perlu menghormati privasi dan kerahsiaan sumber.
Selain itu, wartawan juga perlu memahami undang-undang, akta dan polisi yang berkaitan dengan ruang lingkup tugas mereka, dan wartawan perlu memberi keutamaan untuk meningkatkan kemahiran kewartawanan secara berterusan.
JaPen dalam kenyataan sempena pelancaran Kod Etika Wartawan Malaysia berkata, kod berkenaan turut digunakan sebagai sumber rujukan bagi pengurusan Kad Perakuan Media (KPM) JaPen.
KPM adalah dokumen pengenalan diri pengamal media daripada agensi media yang diperakukan oleh kerajaan bagi memudahkan urusan liputan acara rasmi.
Etika Kewartawanan Malaysia yang diterbitkan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada 1989 menjadi rujukan utama JaPen bagi pengurusan KPM JaPen sebelum ini.
"Seiring dengan evolusi industri media, kod etika itu dikemas kini dan menjadi panduan oleh semua pemegang KPM JaPen dalam melaksanakan tugas demi mendukung pembentukan masyarakat yang berinformasi," menurut kenyataan itu.
Turut hadir pada majlis peramian kod etika wartawan itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi Datuk Mohamad Fauzi Md Isa dan Ketua Pengarah Penerangan Datuk Mohd Sukari Ab Hamid. – BERNAMA
24 Feb 2024Liputan Berita 2024
20 FEBRUARI 2024, BERNAMA, JOURNALISTS’ CODE OF ETHICS SAFEGUARDS FREEDOM OF EXPRESSION BY THE MEDIA – FAHMI
balqis2024-03-12T13:42:07+08:0024 Feb 2024Liputan Berita 2024